Sunday, February 28, 2010
GELIGA IKAN
Geliga ikan ini diperolehi daripada ikan air tawar dan ia mempunyai khasiat untuk kaki pancing ikan air tawar... Geliga ini boleh dibawa bersama ketika memancing untuk mendapat hasil yang lebih lumayan... Selain itu ia boleh digunakan untuk merawat keracunan makanan dan tertelan tulang ikan. Hanya minum rendaman air geliga tersebut dan bermohon kepada Allah. Jika berminat boleh menghubungi saya untuk mengetahui maharnya
GELANG SILVER BERKHALIMAH
Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan gelang berkhalimah ini untuk tujuan pendinding diri dan keselamatan boleh menghubungi saya untuk maharnya.
Thursday, February 25, 2010
SYILING 50 SEN TERBELAH TENGAH TAHUN 1967,1968,1969
Item ini adalah sukar didapati sekarang. Kepada sesiapa yang berminat untuk menebusnya boleh menghubungi saya..
BUNTAT KELAPA
BUNTAT KELAPA
Khasiatnya adalah untuk perubatan dan pelarisan, ada yang pernah cuba letak dalam gulai kari bersantan dengan izin ALLAH SWT kari itu tidak menjadi basi jika di biarkan sekian lama. Jika digoreskan atas wang kertas warnanya akan tertanggal, yang penting tetapkan niat kita iaitu buntat kelapa ini adalah sebagai asbab sahaja. Semuanya adalah kekuasaan ALLAH SWT..Wallahualam..Kepada sesiapa yang berminat boleh hubungi saya.
Tuesday, February 23, 2010
WAFAQ KULIT KIJANG PUTIH
Wafaq kulit kijang Putih ini adalah medium yang ampuh untuk dijadikan pelaris dan azimat. Ia biasanya diletakkan di dalam tempat simpanan wang bagi orang yang berniaga atau pun di dalam dompet. Untuk ditebus sila hubungi saya untuk mengetahui maharnya.
ZAKAR BUAYA
Item Eksotik ini adalah sukar didapati dan harganya tinggi dipasaran. Khasiat zakar buaya ini adalah untuk menguatkan tenaga batin lelaki supaya tidak mudah tewas di ranjang.. Cara menggunakannya ialah dengan mengikis bahagian zakar buaya ini sekurang-kurangnya setengah sudu kecil dan campurkan serbuk ini bersama air kopi untuk diminum... InsyaAllah akan rasa kesannya dalam masa 20 hingga 30 minit.. Jika ingin mendapatkan item ini sila hubungi saya..
DURI LANDAK LAUT
DURI LANDAK LAUT
Duri landak laut ini diperolehi daripada sejenis spesis haiwan yang tinggal di dalam laut dalam dengan kedalaman 10,000 meter yang terdapat hanya di lautan terbuka di pantai Sumatera. Hanya Puak Asli laut di kawasan tersebut yang mampu mendapatkannya. Khasiat duri ini antaranya ialah menjauhkan makhluk halus yang berasal dari laut kerana dikatakan landak laut ini 10 tahun sekali timbul di permukaan air pada waktu-waktu tertentu. Untuk tujuan perubatan ianya berkhasiat meneutralkan kandungan racun dalam badan apabila di minum air rendamannya. Ianya juga mengelakkan dan juga mengubati santau angin, air, darat dan juga ianya boleh mengubati sakit gigi dengan meletakkan serbuk kikisan duri tersebut di bahagian gigi yang berlubang. Ini adalah item terhad kepada sesiapa yang berhajat untuk menebusnya , boleh menghubungi saya untuk mengetahui maharnya.
Monday, February 22, 2010
BULU PERINDU
Kepada sesiapa yang ingin memiliki bulu perindu ini boleh terus menghubung saya untuk mengetahui maharnya..
GIGI UNTA
Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan item eksotik yang berasal dari mekah ini boleh menebusnya sekarang. Khasiat gigi unta ini ialah untuk tujuan perubatan , ia digunakan untuk menyedut dan mengeluarkan bisa-bisa di dalam badan. Stok adalah terhad. Untuk mengetahui maharnya boleh menghubungi saya.
Ibu Duit
Medium Ibu Duit yang didatangkan dalam satu mahar.. 4 dalam 1 iaitu terdiri daripada syiling tembaga emas , duit kertas no siri ganjil yang sama contoh xx 9xxxxx9 , batu akik merah dan kain cindai.. Ia boleh diletakkan di dalam beg duit atau poket dan tiada pantang larang..Kepada sesiapa yang berminat boleh hubungi saya untuk menebusnya...
Sunday, February 21, 2010
PELBAGAI CORAK CINCIN UNTUK TEMPAHAN
Cincin berkerawang ini biasanya sesuai diikat dengan permata teras kayu.. Anda boleh memilih jenis teras kayu untuk diikat menjadi cincin. Cincin ikat perak ini boleh dikecilkan atau dibesarkan mengikut saiz jari..
Friday, February 19, 2010
CINCIN KAYU 5 LAPIS PASAK BESI KUNING
SEJARAH CINCIN KAYU LAPIS
Cincin kayu lapis ini mengikut kepercayaan peminat cincin mempunyai khasiat kegunaan tertentu. Harganya tinggi kerana kayu yang digunakan cukup mistik dan berkhasiat mengikut kepandaian si pemilik..antara kayu yang digunakan dan khasiatnya ialah:
1.Raja Kayu Putih-Digunakan untuk membuang bisa dan menahan bisa
2.Kayu Ibo Tunggal - Pukulan yang berbisa
3.Kayu Gemuggal coklat - Untuk pemagar diri dari kuasa pukau
4.Kayu Larak Salah- Pemampan daripada santau dan dengkian manusia
5.Buloh Tumpat- Mengelak merbahaya, kebal darurat jika sesuai
DIPASAK BESI KUNING - BERTUJUAN MENYATUKAN KESEMUA KHASIAT 5 KAYU LAPIS..
Cincin yang telah siap ini untuk ditebus kepada sesiapa yang berhajat. Saiznya ialah 20 dan ikatannya Stainless Steel.
Cincin kayu lapis ini mengikut kepercayaan peminat cincin mempunyai khasiat kegunaan tertentu. Harganya tinggi kerana kayu yang digunakan cukup mistik dan berkhasiat mengikut kepandaian si pemilik..antara kayu yang digunakan dan khasiatnya ialah:
1.Raja Kayu Putih-Digunakan untuk membuang bisa dan menahan bisa
2.Kayu Ibo Tunggal - Pukulan yang berbisa
3.Kayu Gemuggal coklat - Untuk pemagar diri dari kuasa pukau
4.Kayu Larak Salah- Pemampan daripada santau dan dengkian manusia
5.Buloh Tumpat- Mengelak merbahaya, kebal darurat jika sesuai
DIPASAK BESI KUNING - BERTUJUAN MENYATUKAN KESEMUA KHASIAT 5 KAYU LAPIS..
Cincin yang telah siap ini untuk ditebus kepada sesiapa yang berhajat. Saiznya ialah 20 dan ikatannya Stainless Steel.
MINYAK CENUAI
Minyak dari Jenis PATI ATTAR yang dipilih digabungkan dengan Jenis Akar Kayu yang memiliki Khasiat Pengasihan...dari Jenis Cenuai Pangir/Cenuai Gunung/Cenuai Kuning/Cenuai Merah/Cenuai...cenuai....cenuai..banyak jenis Cenuai termasuklah Raja Cenuai, Buluh Perindu, Bulu Perindu...Pemakaian yang tiada Pantang Larang, boleh dibawa bersolat dan pemakaian harian..Hanya secalit sahaja oleh sebab ianya dari Jenis PATI dan bukan dicampur dengan Minyak Putih... Untuk tujuan pemanis , pelaris dan wibawa boleh dipakai pada kening. Dan untuk kepada orang yang dihajati hendaklah dicalit pada kulitnya beserta niat baik dan ikhlas... InsyaAllah ... mujarab.. Tetapi ingatlah jika baik niat kita maka baiklah yang kita dapat jika buruk niat kita maka itulah yang kita dapat...wallahu.. Kepada sesiapa yang berhajat atau benar-benar memerlukannya boleh terus menghubungi saya..
PERMATA TERAS LARAK SALAH HITAM
Larak Salah amat terkenal dengan Khasiatnya yang diperkatakan memiliki Aura Pelimun/Kebal (Pembias) dan Pelembut hati. tetapi Orang-orang lama mengunakannya untuk memagarkan kawasan rumah dan pembalik sihir, Menurut Petua orang lama, Kayu Larak yang memiliki Tabie salah digunakan untuk pemakaian Diri dan ianya disorok dari penglihatan umum. Ada juga yang diperbuatkan sebagai Permata Cincin dan juga Tasbih. Nilai bagi Kayu Larak juga adalah Mahal disebabkan untuk mendapatkan Kayu Larak yang memiliki Tabie Salah adalah payah... Kepada sesiapa yang berminat untuk menebusnya boleh menghubungi saya..
TERAS RAJA KAYU PUTIH
Raja Kayu Putih ini mempunyai pelbagai khasiat. Kayu ini sukar didapati ia hanya tumbuh di kawasan pergunungan seperti Gunung Ledang di Johor. Ia dikatakan mempunyai kelebihan mistik di mana ia dikatakan boleh menjadi PENAWAR , PENDINDING dan PENUNDUK. Di samping boleh digunakan untuk mengubati luka-luka luaran, sakit kulit, gout, sengal dan melancarkan perjalanan darah. Teras ini sedia untuk dimaharkan kepada sesiapa yang memerlukan.. Sila rujuk pautan ini untuk mengetahui maklumat lanjut tentang khasiat Raja Kayu Putih ini...
PERMATA TERAS GEMUNGGAL GRED A++
Permata Teras Gemunggal ini adalah yang berkualiti tinggi kerana ketumpatannya tinggi dan akan tenggelam apabila dimasukkan di dalam air.. Sedia untuk dimaharkan.. Untuk mengetahui maharnya sila hubungi saya..
PERMATA TERAS KUNING PENAWAR LIMA
Bentuk urat kayu Permata Penawar Lima yang telah dititipkan seakan akan bentuk cap jari manusia , itulah kebesaran Allah. Khasiat Penawar Lima ini ialah menjadi penawar kepada Lima Penyakit dalam Badan....Setakat sakit kepala InsyaAllah, Mujarab...Tetapi jika memakainya dalam Bentuk Permata, ianya adalah Penawar kepada Bisa-bisa..Jika diminum air rendamannya insyaAllah boleh dijadikan penawar untuk deman ..Wallahu...
PERMATA BERJALUR TERAS DAN KAYU KEMUNING HITAM
Ini ialah permata berjalur teras dan kayu Kemuning Hitam. Biasanya Teras Kemuning Hitam Dititipkan dari Bahagian Terasnya sahaja..Tetapi permata ini dititipkan dari bahagian yang berhampiran dengan Terasnya....yang berwarna hitam adalah dari bahagian Teras manakala bahagian coklat adalah bahagian Kayu...Permata ini rare kerana sukar untuk memilih sudut yang tepat untuk mencanai teras ini . Hanya tukang canai yang berkemahiran tinggi sahaja boleh menghasilkan permata kayu yang indah seperti ini.
PERMATA AKAR SULUR BERTAM
Permata dari Akar Sulur Bertam ini terbuka untuk Tempahan.. Corak dari bahagian akar ini tentunya sangat unik dan khasiatnya lebih umphh. Cuba kita renungkan apakah jadi jika pokok tiada akar maka pokok itu akan mati. Tiada pokok yang boleh hidup tanpa akar tapi ada pokok yang boleh hidup tanpa daun... Fikirkanlah...kebiasaannya sulur Bertam dititip dari bahagian Sulurnya..ini pula adalah dari bahagian Akar...