Wednesday, December 22, 2010

BUIH BESI

Buih Besi ini diperolehi daripada seorang sahabat yang bekerja di kilang membuat parang. Buih besi ini dikatakan muncul semasa proses mencairkan besi. Buih besi itu muncul di permukaan cairan besi yang berbuih dan menjadi keras apabila sejuk , beliau juga mengatakan fenomena ini amat jarang berlaku dalam tempoh 30 tahun beliau bekerja sebagai tukang besi.
Setelah bertanyakan kepada orang tua yang lebih arif , buih besi ini juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri.. Di Tanah Jawa suatu ketika dahulu ada tukang senjata yang menggunakan buih besi ini sebagai salah satu bahan untuk membuat senjata. Ia dikatakan mampu menjadikan pemilik senjata tersebut tidak dapat dilihat dengan mata kasar oleh musuh. Buih besi juga dikatakan boleh digunakan dalam perubatan mistik untuk mengelak gangguan makhluk halus , memagar kediaman dan rawatan histeria.

Kadar banding ketulan buih besi dengan duit syiling 50 sen. Jika ada sesiapa yang berminat boleh menebusnya dengan mahar RM 300 seketul. Hanya ada 3 ketul sahaja , stok terhad dan sukar diperolehi.

No comments:

Post a Comment