Tuesday, December 28, 2010

TASBIH 100 JENIS TERAS KAYU

Ini adalah tasbih 100 jenis teras kayu yang terbuka untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berhajat.. Untuk mengetahui maharnya boleh menghubungi saya.
100 Jenis Teras Kayu :

Raja Kayu,Rengas,Laban Bunga,Mengetir,Kemuning Ketangga,Resak,Petai Belalang,Siang Malam,Penaga,Pain ,Tas Kuning,Mengeais,Merlimau Batu,Keluat Maga,Seribu Batang,Meraga,Penawar Hitam,Inai,Arang Batu,Mata Kucing,Tongkat Ali,Merbau,Kelat Malas,Nibong Batu,Balau,Saga,Sena,Nibong Tunggal,Kong Kor,Keran Tas,Iboi,Seraya Bunga,Kemuning Hitam,Sinar,Tajam,Kundang Hutan,Sarsi,Bangkong,Keranti Jambu,Pelak,Keranti Batu,Kedondang Kerantai,Cengal Emas,Jati,Seredang,Ginggai,Kelat Putih,Medang Pelandok,Cengal Batu,Kekatung,Akar Lake,Kertai,Gelugor,
Kelakok,Kepoh,Merbau Bunga,Pau Kijang,Kemuning Limau,Kerantai Merah,Meranti Batu,Ngatoh,Bamin,Mutan Gamin,Kepel,Pain Sutong,Leban Putih,Krismas,Penaga Merah,Malang Hutan,Cengkudu Merah,Penunduk Gajah,Tanjong,Sepam,
Cendana,Lesong,Gilet,Chicha,Mesu Ayia,Duku,Kenong,Naga,Tangga,Bah Duba,Koheng,Ngeba,Sawa,Tebu Gajah,Katong,Rhu,Tunjuk Langit,Jeleti,Tukar Benang,Gemunggal,Penawar Merah,Penunduk Merah,Belian,Tulang,Palas Bukit,Kuwa,Tas Jantan.

Kadar banding saiz tasbih dengan duit syiling 50 sen

Wednesday, December 22, 2010

BUIH BESI

Buih Besi ini diperolehi daripada seorang sahabat yang bekerja di kilang membuat parang. Buih besi ini dikatakan muncul semasa proses mencairkan besi. Buih besi itu muncul di permukaan cairan besi yang berbuih dan menjadi keras apabila sejuk , beliau juga mengatakan fenomena ini amat jarang berlaku dalam tempoh 30 tahun beliau bekerja sebagai tukang besi.
Setelah bertanyakan kepada orang tua yang lebih arif , buih besi ini juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri.. Di Tanah Jawa suatu ketika dahulu ada tukang senjata yang menggunakan buih besi ini sebagai salah satu bahan untuk membuat senjata. Ia dikatakan mampu menjadikan pemilik senjata tersebut tidak dapat dilihat dengan mata kasar oleh musuh. Buih besi juga dikatakan boleh digunakan dalam perubatan mistik untuk mengelak gangguan makhluk halus , memagar kediaman dan rawatan histeria.

Kadar banding ketulan buih besi dengan duit syiling 50 sen. Jika ada sesiapa yang berminat boleh menebusnya dengan mahar RM 300 seketul. Hanya ada 3 ketul sahaja , stok terhad dan sukar diperolehi.

MINYAK HAJARUL ASWAD + KELAMBU KAABAH

Minyak Hajarul Aswad ini telah digabungkan dengan benang kelambu kaabah dan diruqyahkan dengan bacaan ayat Al-Quran. Minyak ini boleh digunakan untuk asbab pelaris dan memudahkan segala urusan.
Sedia dimaharkan dalam botol berisipadu 2ml.. Maharnya mampu milik RM 100 termasuk penghantaran
Cebisan kain Kelambu Kaabah yang disertakan sekali dalam botol minyak berisipadu 2ml


MINYAK PATI RAJA PENGASIH DAN PELARIS BULUH PERINDU + BUNGA SERAI

Minyak pati attar ini telah diadun khas dengan buluh perindu dan bunga serai dan telah diruqyahkan dengan ayat- ayat Al-Quran untuk menjadi asbab kepada medium pengasih dan pelaris. Minyak ini boleh dipakai untuk bersolat kerana tiada mengandungi bahan yang beralkohol. Bauannya tahan lama hanya cukup dicalitkan sedikit di kedua belah tapak tangan dan diratakan ke bahagian badan yang lain. Minyak ini juga boleh dipakai untuk mengelak gangguan jin kerana jin amat bencikan bau-bauan yang wangi..
Rumpun Buluh Perindu dan Bunga Serai yang dimasukkan sekali di dalam botol. Ini adalah isian dalam botol berisipadu 2ml..
Rumpun Buluh Perindu dan Bunga Serai dalam botol 3ml
Ini adalah botol minyak yang berisipadu 3ml..
Jika berminat boleh menghubungi saya untuk mengetahui maharnya..

MINYAK PATI KASTURI HITAM


KHASIAT MINYAK KASTURI

Memberi kekuatan pada roh
Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW:
“Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)

Menenangkan Jiwa

Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak

Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan

Menghilangkan debaran jantung

Menghilangkan Sesak Nafas

Melegakan Lelah (Asma)

Menyedarkan orang yang pengsan

Memperkuatkan organ luaran tubuh

Memperkuatkan organ dalaman tubuh

Menghilangkan rasa gementar

Menghilangkan sejuk tubuh

Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh

Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang

Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing

Menjernihkan mata putih pada mata

Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan

Mencegah wabak penyakit

Melanjutkan usia

Meredhakan Allah SWT, menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh, dan sebaliknya dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya.
Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (spt kasturi).
sumber: Madrasah Darul Atiq

SEMUANYA DENGAN IZIN ALLAH..


Maharnya rm 30 harga termasuk pos.. Setiap botol mempunyai isipadu minyak 3ml




















MINYAK MISIK

Minyak Misik yang ingin dimaharkan ini berisipadu 3ml sebotol.. Minyak misik ini biasanya digunakan untuk tujuan penjagaan keris atau senjata lama.. Minyak ini akan disapukan pada keris atau senjata lama untuk menjaga struktur besi pada senjata tersebut supaya tidak berkarat atau rosak.. Ada juga yang mengatakan ia dapat meningkatkan energy dan semangat besi pada senjata tersebut.. Wallahualam.
minyak yang telah siap dibotolkan untuk dihantar kepada pelanggan.

Tuesday, December 21, 2010

BULUH PERINDU

ni adalah rumpun buluh perindu yang telah dikeringkan.. macam- macam khasiat dan kegunaannya kalau nak disebutkan semuanya. Buluh ini sering dijadikan sebagai medium pengasihan dan pelarisan yang mana ia adalah salah satu daripada bahan- bahan utama dalam proses pembuatan minyak buluh perindu dan cenuai.. Jika berminat boleh menghubungi saya untuk mengetahuinya maharnya...



Daun Raja Buluh Perindu ini adalah sesuai dijadikan medium ibu duit dan pelaris.. Ia boleh diletakkan dalam dompet atau tempat simpanan duit.. InsyaAllah.... akan datanglah rezki yang tak terduga selagi kita berusaha... Sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya untuk mengetahui maharnya..



SULUR BERTAM

Potongan teras kayu sulur bertam yang ingin dimaharkan kepada sesiapa yang berhajat.. Maharnya murah sahaja .. Harga mampu milik.. Tempahan untuk dicanai dalam bentuk permata cincin juga diterima.
Kadar banding saiz potongan teras kayu dengan duit syiling 10 sen
Khasiat sulur bertam ialah sebagai pembisa.. ia juga boleh menjadi penawar kepada semua jenis bisa kecuali bisa patukan ular.

TAHI BESI

Ini ialah tahi besi , ia selalunya digunakan sebagai medium pendinding daripada gangguan makhluk halus.. Ia sesuai ditanam di penjuru rumah untuk dijadikan pagar rumah atau pun diletakkan di atas pintu masuk rumah.. InsyaAllah.. rumah akan bebas dari gangguan makhluk halus...dikatakan juga orang tua zaman dahulu ketika membuat senjata ada dimasukkan juga tahi besi dengan tujuan untuk melemahkan mereka yang mempunyai kekebalan. Sesiapa yang berminat boleh menebusnya dalam kuantiti yang kecil atau pun besar.


Sepaket tahi besi yang telah siap dibungkus untuk diposkan kepada pembeli
Kepada peminat cincin boleh melihat post yang akan datang untuk melihat hasil cincin tahi besi yang sedang dalam proses pembuatan..