Sunday, May 6, 2012

FOSSIL SUMBU BADAK JADI BATU

 Ini adalah Fossil Sumbu Badak jadi batu dalam bentuk asal diperolehi daripada seorang sahabat

 Urat- urat yang jelas kelihatan pada bahagian bawah fossil ini

 Terdapat 3 biji permata sumbu badak jadi batu yang telah siap dicanai untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berhajat. Stok adalah terhad.

 Antara cerita dan pengalaman seorang sahabat saya tentang khasiat fossil sumbu badak ini:

"khasiat batu sumbu badak ini paling utamanya sebagai penawar bisa paling ampuh. saya pernah melihat anak kepada pemain ular yg membuat persembahan di hadapan umum. kanak-kanak ini umurnya 11 tahun membuat persembahan  dan secara tiba-tiba dipatuk oleh ular yang dimainkannya iaitu seekor ular tedung selar sepanjang hampir 2 meter setengah. bayangkan bisa ular berkenaan yg meresap ke tangan kanak-kanak itu jika tidak segera dibawa ke hospital dalam masa 20 minit boleh membawa maut. tetapi bapanya seorang pemain ular juga penjual ubat, dengan segera melekatkan batu sumbu badak kebahagian yang dipatuk ular tadi.
orang ramai jadi panik melihat peristiwa tersebut tetapi bapa kanak- kanak itu dgn tenang berusaha memulihkan anaknya. Saya telah berjumpa bapa kanak-kanak itu di hari lain dan bertanyakan peristiwa yang berlaku masa anaknya dipatuk ular. beliau menjelaskan anaknya terus pulih tanpa ke hospital selepas batu sumbu badak dilekatkan dibahagian patukan yang menyedut keluar semua bisa ular tedung selar tersebut. jika kita basahkan jari dan pegang batu sumbu badak ini, kita akan merasai kuasa sedutan pada jari. Itulah khasiatnya yg utama bagi batu ini, yang asalnya sumbu badak tertanam beratus-ratus tahun di perut bumi sehingga berubah jadi bahan fosil batu."

 Maharnya RM200 sebiji termasuk pos.


No comments:

Post a Comment