Tuesday, December 28, 2010
TASBIH 100 JENIS TERAS KAYU
100 Jenis Teras Kayu :
Raja Kayu,Rengas,Laban Bunga,Mengetir,Kemuning Ketangga,Resak,Petai Belalang,Siang Malam,Penaga,Pain ,Tas Kuning,Mengeais,Merlimau Batu,Keluat Maga,Seribu Batang,Meraga,Penawar Hitam,Inai,Arang Batu,Mata Kucing,Tongkat Ali,Merbau,Kelat Malas,Nibong Batu,Balau,Saga,Sena,Nibong Tunggal,Kong Kor,Keran Tas,Iboi,Seraya Bunga,Kemuning Hitam,Sinar,Tajam,Kundang Hutan,Sarsi,Bangkong,Keranti Jambu,Pelak,Keranti Batu,Kedondang Kerantai,Cengal Emas,Jati,Seredang,Ginggai,Kelat Putih,Medang Pelandok,Cengal Batu,Kekatung,Akar Lake,Kertai,Gelugor,
Kelakok,Kepoh,Merbau Bunga,Pau Kijang,Kemuning Limau,Kerantai Merah,Meranti Batu,Ngatoh,Bamin,Mutan Gamin,Kepel,Pain Sutong,Leban Putih,Krismas,Penaga Merah,Malang Hutan,Cengkudu Merah,Penunduk Gajah,Tanjong,Sepam,
Cendana,Lesong,Gilet,Chicha,Mesu Ayia,Duku,Kenong,Naga,Tangga,Bah Duba,Koheng,Ngeba,Sawa,Tebu Gajah,Katong,Rhu,Tunjuk Langit,Jeleti,Tukar Benang,Gemunggal,Penawar Merah,Penunduk Merah,Belian,Tulang,Palas Bukit,Kuwa,Tas Jantan.
Kadar banding saiz tasbih dengan duit syiling 50 sen
Wednesday, December 22, 2010
BUIH BESI
Setelah bertanyakan kepada orang tua yang lebih arif , buih besi ini juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri.. Di Tanah Jawa suatu ketika dahulu ada tukang senjata yang menggunakan buih besi ini sebagai salah satu bahan untuk membuat senjata. Ia dikatakan mampu menjadikan pemilik senjata tersebut tidak dapat dilihat dengan mata kasar oleh musuh. Buih besi juga dikatakan boleh digunakan dalam perubatan mistik untuk mengelak gangguan makhluk halus , memagar kediaman dan rawatan histeria.
Kadar banding ketulan buih besi dengan duit syiling 50 sen. Jika ada sesiapa yang berminat boleh menebusnya dengan mahar RM 300 seketul. Hanya ada 3 ketul sahaja , stok terhad dan sukar diperolehi.
MINYAK HAJARUL ASWAD + KELAMBU KAABAH
Sedia dimaharkan dalam botol berisipadu 2ml.. Maharnya mampu milik RM 100 termasuk penghantaran
Cebisan kain Kelambu Kaabah yang disertakan sekali dalam botol minyak berisipadu 2ml
MINYAK PATI RAJA PENGASIH DAN PELARIS BULUH PERINDU + BUNGA SERAI
Rumpun Buluh Perindu dan Bunga Serai yang dimasukkan sekali di dalam botol. Ini adalah isian dalam botol berisipadu 2ml..
Rumpun Buluh Perindu dan Bunga Serai dalam botol 3ml
Ini adalah botol minyak yang berisipadu 3ml..
Jika berminat boleh menghubungi saya untuk mengetahui maharnya..
MINYAK PATI KASTURI HITAM
KHASIAT MINYAK KASTURI
Memberi kekuatan pada roh Menenangkan Jiwa |
Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak |
Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan |
Menghilangkan debaran jantung |
Menghilangkan Sesak Nafas |
Melegakan Lelah (Asma) |
Menyedarkan orang yang pengsan |
Memperkuatkan organ luaran tubuh |
Memperkuatkan organ dalaman tubuh |
Menghilangkan rasa gementar |
Menghilangkan sejuk tubuh |
Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh |
Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang |
Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing |
Menjernihkan mata putih pada mata |
Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan |
Mencegah wabak penyakit |
Melanjutkan usia |
Meredhakan Allah SWT, menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh, dan sebaliknya dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya. |
Maharnya rm 30 harga termasuk pos.. Setiap botol mempunyai isipadu minyak 3ml
MINYAK MISIK
minyak yang telah siap dibotolkan untuk dihantar kepada pelanggan.
Tuesday, December 21, 2010
BULUH PERINDU
ni adalah rumpun buluh perindu yang telah dikeringkan.. macam- macam khasiat dan kegunaannya kalau nak disebutkan semuanya. Buluh ini sering dijadikan sebagai medium pengasihan dan pelarisan yang mana ia adalah salah satu daripada bahan- bahan utama dalam proses pembuatan minyak buluh perindu dan cenuai.. Jika berminat boleh menghubungi saya untuk mengetahuinya maharnya...
Daun Raja Buluh Perindu ini adalah sesuai dijadikan medium ibu duit dan pelaris.. Ia boleh diletakkan dalam dompet atau tempat simpanan duit.. InsyaAllah.... akan datanglah rezki yang tak terduga selagi kita berusaha... Sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya untuk mengetahui maharnya..
SULUR BERTAM
Kadar banding saiz potongan teras kayu dengan duit syiling 10 sen
Khasiat sulur bertam ialah sebagai pembisa.. ia juga boleh menjadi penawar kepada semua jenis bisa kecuali bisa patukan ular.
TAHI BESI
Ini ialah tahi besi , ia selalunya digunakan sebagai medium pendinding daripada gangguan makhluk halus.. Ia sesuai ditanam di penjuru rumah untuk dijadikan pagar rumah atau pun diletakkan di atas pintu masuk rumah.. InsyaAllah.. rumah akan bebas dari gangguan makhluk halus...dikatakan juga orang tua zaman dahulu ketika membuat senjata ada dimasukkan juga tahi besi dengan tujuan untuk melemahkan mereka yang mempunyai kekebalan. Sesiapa yang berminat boleh menebusnya dalam kuantiti yang kecil atau pun besar.
Sepaket tahi besi yang telah siap dibungkus untuk diposkan kepada pembeli
Kepada peminat cincin boleh melihat post yang akan datang untuk melihat hasil cincin tahi besi yang sedang dalam proses pembuatan..