Blog ini menjual item yang berunsurkan koleksi peribadi, mistik, unik, eksotik dan sukar didapati di pasaran.

Koleksi item ini adalah terhad dan bernilai tinggi di pasaran pada masa akan datang. Jadi tidak rugi jika anda menebusnya.

Matlamat perkhidmatan kami adalah untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan mutunya terjamin.

Polisi pelanggan kami adalah :

“ Cepat, Tepat, Kualiti”

Prosedur Pembelian :-

Jika anda berminat dengan item yang dijual, sila hubungi kami untuk keterangan lanjut.

Jangan teragak-agak atau malu untuk menghubungi kami untuk keterangan lanjut.

Warning : Hanya yang berminat sahaja. Jika berniat untuk main-main, tidak akan dilayan...

Pastikan anda mendapat maklumat yang jelas kerana

“Good Sold Are Not Return”

Pembayaran boleh dibuat melalui online banking atau bank in ke akaun berikut :

MOHD ASYRAF BIN MOHD ZANI

Maybank : 164137461724

CIMB : 01320008908522

BSN : 0113729000155526

Setelah pembayaran dijelaskan, sila sms :
Jumlah Total, Masa Transaksi, Nama Pembeli, Alamat untuk Penghantaran

Kami akan menghantar item belian anda menggunakan Pos Laju dan barang akan sampai ke alamat selama 2-3 hari bekerja.

Jangan berlengah untuk hubungi saya, sms,call atau email - Asyraf di :

HP : 0197272455
Email :
asyraf6057@yahoo.com.my








Wednesday, November 30, 2011

PROMOSI JUALAN SEMPENA BULAN MUHARAM

       Sempena Bulan Muharam ini pengasas blog dengan bermurah hati ingin melepaskan sebanyak 13 item daripada koleksi peribadi dengan harga yang mampu milik dan munasabah. Ada di antara item ini adalah daripada barang yang lama dan sukar diperolehi dan tidak ketinggalan juga barang yang diperolehi daripada alam ghaib... Itu terpulang kepada rezki masing- masing. Siapa cepat dia yang dapat.. 
      Kujang Tembaga Berwafaq ini diperolehi daripada seorang guru silat dan pengasas berhajat ingin melepaskannya dengan mahar RM 150 sahaja termasuk pos.. Jika berminat hubungi segera..

 Ini adalah keris picit jawa lama... Besi yang digunakan untuk membuatnya adalah daripada jenis besi lama... Pengasas ingin memaharkannya dengan harga RM 200 sebilah... Jika mahu menebus ketiga- tiganya hanya RM 500 sahaja dan akan disertakan sekali minyak misik untuk penjagaan keris tersebut..

 Batu Ular ini diperolehi daripada Gunung Ledang dan keistimewaannya ialah ia akan mengeluarkan cahaya hijau terang apabila berada di dalam gelap ( Glow in the dark ) Fadilatnya untuk pelaris dan pendinding diri serta rumah daripada unsur jahat.. Saiznya seperti bola lisut dan beratnya lebih dari 1 kg.. Pengasas ingin memaharkannya dengan mahar RM 400 termasuk pos.

 Bulu Burung Cenderawasih yang gugur dalam bulan Muharam... Khasiatnya lebih kepada pelaris diri dan perniagaan... Hanya ada sehelai sahaja..Pengasas ingin melepaskannya dengan mahar RM350 sehelai termasuk pos dan disertakan sekali minyak pati attar untuk penjagaan bulu tersebut..
 Ini adalah batu Firus Putih yang sukar didapati lebih-lebih lagi yang memiliki ciri unik pada permukaan batu tersebut.. Terdapat imej seakan kambing gurun secara semulajadi pada urat batu tersebut.. Boleh dijadikan sebagai koleksi peribadi yang unik atau dibuat loket.. Ingin dilepaskan dengan mahar RM 250 sahaja termasuk pos.

 Kadar banding saiz batu dengan duit syiling 50 sen

 Cincin tempurung buta saiz 19 koleksi peribadi pengasas.. Ingin dilepaskan dengan mahar RM100 termasuk pos..
 Kadar banding cincin dengan duit syiling 10 sen..

 Sebiji Batu Meteorit Hitam Koleksi peribadi pengasas ingin dilepaskan dengan mahar RM 300 sebiji termasuk pos.. Batu ini boleh dicanai untuk dijadikan permata cincin atau loket atau disimpan sebagai koleksi eksotik dalam bentuk asal.. Khasiat batu ini ia boleh menambah tenaga dalam badan si pemakai , kebal darurat dan meningkatkan keberanian si pemakainya.. Batu ini mungkin sudah berusia berjuta- juta tahun melalui perjalanan yang jauh di alam semesta sebelum ia jatuh di bumi... Mungkin ia telah wujud sebelum bumi ini tercipta.. Wallahualam.. hanya Allah sahaja yang maha mengetahui..

 Kadar banding saiz Batu Meteorit Hitam dengan duit syiling 10 sen

 Fosil karang laut Hitam ini adalah daripada spesies Black Coral dan hidup di dasar laut.. Khasiatnya ialah boleh dijadikan sebagai penawar keracunan makanan laut, penyejuk badan serta            penawar untuk demam panas  dan menyerap toksin yang berlebihan di dalam badan jika dipakai dalam bentuk cincin.. Ini adalah koleksi peribadi pengasas yang diperolehi daripada seorang sahabat apabila melawat ke negeri di bawah bayu... Pengasas ingin melepaskannya dengan mahar RM 350 sahaja termasuk pos.

 Batu akik ini dipanggil batu akik tok wali kerana terdapat imej seakan-akan seorang yang sedang memakai serban pada batu tersebut.. Sudah lama pengasas menyimpan batu ini yang diperolehi daripada seorang kenalan dan semakin jelas imej muka manusia pada batu tersebut..Batu ini boleh dikategorikan dalam jenis batu hidup kerana tompokan yang membentuk imej pada batu tersebut semakin lama semakin jelas.. Koleksi unik ini ingin dilepaskan dengan harga RM 300 termasuk pos..

 Gambar dekat yang diambil pada imej batu itu.

 Cincin Geliga siput ikat steel ini adalah di antara koleksi yang paling disayangi pengasas.. Tetapi  berhajat melepaskannya kepada sesiapa yang berminat .. Mahar mampu milik sahaja RM150 termasuk pos..

 Cincin ini bersaiz 20 dan di bahagian permata yang warna hijau itu akan mengeluarkan sedikit cahaya hijau terang apabila di dalam gelap..

 Ini adalah cincin batu ular atau dipanggil mata dewa oleh sesetengah orang... Kelebihannya ialah batu cincin ini akan mengeluarkan cahaya hijau terang apabila berada di tempat yang gelap.. Ia sesuai dijadikan medium pemanis diri dan meningkatkan kewibawaan diri.. Cincin ini diikat dengan steel dan bersaiz 20.

 Gambar yang diambil di dalam gelap.. batu cincin ini bercahaya dalam gelap( Glow in teh dark ).. Ingin dilepaskan dengan mahar RM 250 sahaja..

 Ini adalah koleksi peribadi seorang tok guru.. Seekor Burung Cenderawasih yang telah mati dan diawet. Burung ini mengeluarkan bau yang wangi walaupun telah mati dan diawet.. Ingin dilepaskan kepada sesiapa yang berhajat besar.. Khasiatnya 1001 macam dan antara yang diketahui umum ialah boleh dijadikan medium pelaris dan berguna dalam bidang perubatan mistik... Mahar yang diletakkan hanya RM10,000.. jauh dibandingkan dengan harga pasaran luar yang telah dikuasai orang tengah yang boleh mencecah jutaan ringgit.. Hanya pembeli yang serius sahaja akan dilayan..Harap maklum..

 Batu Geliga Serai yang diperolehi dari proses penarikan daripada pokok serai yang berbunga... Pengasas hanya mempunyai dua biji sahaja batu geliga ini dan berhajat ingin melepaskan salah satu daripada geliga ini. Khasiat geliga ini adalah untuk pemanis diri, pelaris dan pengasih..   Geliga ini ingin dilepaskan dengan mahar RM 250 sebiji termasuk pos..

Batu ini mempunyai urat- urat yang halus seperti sisik ular jika dilihat di atas cahaya.

Tuesday, November 29, 2011

KAIN KELAMBU KAABAH

 Terdapat stok baru lima keping kain kelambu kaabah yang baru dibawa dari tanah suci... Hanya tinggal 3 keping sahaja... Jika berminat untuk menebusnya maharnya RM350 sekeping.... Hak milik kekal jika diizinkan Allah , boleh diguna sampai bila - bila sehingga ke anak cucu...

Terdapat 1001 fadilat kain kelambu kaabah ini ...di antara fadilatnya ialah boleh dijadikan sebagai medium pelaris, penunduk, pengasih, meningkatkan wibawa diri, memudahkan segala urusan dan pemanis diri.. Gambar di atas menunjukkan kadar banding saiz kain kelambu kaabah dengan duit syiling 50 sen..

 Minyak pati Hajarul Aswad yang disertakan dengan benang kain kelambu kaabah... Hanya RM100 sebotol 2 ml

Boleh dipakai jika mahu berurusan untuk menyelesaikan perkara yang penting seperti untuk temuduga , berjumpa pelanggan , temujanji kali pertama , menyertai pertandingan dan lain - lain lagi perkara yang difikirkan penting untuk memudahkan hajat tercapai dengan berkat kain kelambu kaabah ini serta izin Allah.

PERMATA AKIK PANCAWARNA

 Permata Akik Pancawarna untuk dimaharkan.. mempunyai lebih daripada 5 warna.. batu alami yang hidup dan akan berubah warna apabila dipakai dalam bentuk cincin..

 Maharnya hanya RM 150 sahaja termasuk pos

 Pandangan dari sisi sebelah kiri

 Pandangan dari sisi sebelah kanan

PERMATA BESI KURSANI GRED A

 Permata cincin besi kursani Gred A untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.. Khasiat untuk ketahanan badan dan pelarisan..

 Mahar bagi yang bersaiz besar iaitu disebelah kiri ialah RM 150 dan yang bersaiz kecil dua biji di sebelah kanan ialah RM 120 sebiji..

Jika sesiapa berminat untuk menebusnya boleh menghubungi saya..

Friday, November 11, 2011

CINCIN AQIQ SUSU UNIK

 Cincin Aqiq Susu atau Dendrite ini adalah untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat. Terdapat imej tumbuhan seperti pokok di dalam batu tersebut.

 Permata ini diikat dengan perak dan saiz boleh disesuaikan mengikut jari pembeli

Jika berminat boleh sms saya untuk mengetahui maharnya .

CINCIN MARJAN MERAH LAM JALALLAH

 Cincin Marjan Merah Lam Jalallah  ikat perak ini ingin dimaharkan kepada sesiapa yang berminat

 Saiz cincin boleh disesuaikan mengikut jari pembeli yang berminat.

Koleksi cincin RARE ini terhad kepada satu unit sahaja. Jika berminat boleh sms untuk mengetahui maharnya.

SETERIKA AYAM ANTIK

Ini adalah seterika ayam antik untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat. Item antik ini adalah terhad dan sukar didapati. Kepada sesiapa yang tahu kegunaannya pasti tidak akan melepaskan peluang untuk memilikinya. Jika berminat boleh menghubungi saya untuk mengetahui maharnya..

Friday, November 4, 2011

AZIMAT BAJU ROMPI


Faedah Azimat Baju Rompi ini ialah :
1. Insya Allah selamat dari segala musibah
2. Insya Allah selamat daripada fitnah orang - orang zalim
3. Insya Allah selamat daripada sasaran santau
4. Insya Allah akan disegani dan dimuliakan orang
5. Insya Allah segala hajatnya akan tercapai
6. Insya Allah akan dipermudah dalam urusan mendapatkan rezki


 Bahagian belakang baju rompi

 Jika berminat boleh menebusnya dengan mahar RM 90 termasuk pos

Bahagian depan baju rompi

WASIAT SABUK LIPAT 7

 Wasiat Sabuk Lipat 7 ini berkhasiat untuk pelaris perniagaan , Pengasihan , penolak sihir, penolak racun , penolak pencuri,penolak jin dan syaitan .

 Cara pakai adalah diikat di bahagian pinggang sebelum keluar rumah



 Jika berminat untuk menebusnya boleh menebusnya dengan mahar RM 70 termasuk pos



LOKET HAIKAL

 Loket Haikal ini mempunyai banyak kelebihannya. Di antaranya ialah boleh dijadikan pendinding diri dari gangguan makhluk halus dan dengkian manusia. Ia juga menjadikan pemakainya disegani oleh orang di sekelilingnya. Bagus untuk perniagaan dan untuk membuka pintu rezki.

 Wafaq dan doa yang terkandung dalam Loket ini

 Jika sesiapa berminat untuk menebusnya boleh menebusnya dengan mahar RM 70 termasuk pos


 Kadar banding saiz loket dengan duit syiling 50 sen



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...