Blog ini menjual item yang berunsurkan koleksi peribadi, mistik, unik, eksotik dan sukar didapati di pasaran.

Koleksi item ini adalah terhad dan bernilai tinggi di pasaran pada masa akan datang. Jadi tidak rugi jika anda menebusnya.

Matlamat perkhidmatan kami adalah untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan mutunya terjamin.

Polisi pelanggan kami adalah :

“ Cepat, Tepat, Kualiti”

Prosedur Pembelian :-

Jika anda berminat dengan item yang dijual, sila hubungi kami untuk keterangan lanjut.

Jangan teragak-agak atau malu untuk menghubungi kami untuk keterangan lanjut.

Warning : Hanya yang berminat sahaja. Jika berniat untuk main-main, tidak akan dilayan...

Pastikan anda mendapat maklumat yang jelas kerana

“Good Sold Are Not Return”

Pembayaran boleh dibuat melalui online banking atau bank in ke akaun berikut :

MOHD ASYRAF BIN MOHD ZANI

Maybank : 164137461724

CIMB : 01320008908522

BSN : 0113729000155526

Setelah pembayaran dijelaskan, sila sms :
Jumlah Total, Masa Transaksi, Nama Pembeli, Alamat untuk Penghantaran

Kami akan menghantar item belian anda menggunakan Pos Laju dan barang akan sampai ke alamat selama 2-3 hari bekerja.

Jangan berlengah untuk hubungi saya, sms,call atau email - Asyraf di :

HP : 0197272455
Email :
asyraf6057@yahoo.com.my








Monday, October 15, 2012

PEDANG SAMURAI JEPUN TALI PINGGANG

 Ini adalah pedang samurai Jepun yang digunakan oleh askar Jepun yang berpangkat Jeneral
Masih dalam keadaan baik. Ketajaman AAA+ dan terdapat
kesan karat darah pada mata bilah pedang .
Jika berminat boleh hubungi saya.

 surat beranak pedang





 Terdapat nombor cetakan pada mata bilah pedang.


TEKPI

 Sepasang Sai/Tekpi dengan Beg sekali..
Warna : Silver dan Hitam
Panjang Keseluruhan : 19 1/2 inci
Material : Besi Padat

Harga Asal : RM 380
Harga Offer : RM 330 ( termasuk pos )



SAMURAI KATANA HIGH CARBON STEEL



Panjang Mata : 28 inci/ 72cm
Panjang Hulu : 11 1/2 inci
Material : Besi high carbon 1045c
Ketajaman : AAA+
Tsuba patern Loyalty.
Handguard boleh laras.
Termasuk kotak sutera

 
Harga Asal : RM 900
Harga Offer RM 800 ( termasuk pos )






KATANA DAMASCUS STEEL ( WATERMARK )

 

Panjang Mata : 28 inci/ 72cm
Panjang Hulu : 11 1/2 inci
Material : Besi high carbon 1045c (Damascus Steel)
Ketajaman : AAA+
Handguard Boleh Laras..
Termasuk dengan kotak sutera..
Harga Asal : RM950
Harga Offer : RM850 ( termasuk pos )
 







Kadar banding Katana dan Wakizashi Damascus steel

WAKIZASHI DAMASCUS STEEL ( WATERMARK )

 
Panjang Mata : 20 inci
Panjang Hulu : 8 1/2 inci
Material : Besi high carbon 1045c (Damascus Steel)
Ketajaman : AAA+
Handguard Boleh Laras..
Termasuk dengan kotak sutera.
 
Harga Asal : RM850
Harga Offer : RM750 ( termasuk pos
)
 






JUALAN LELONG PARANG LAPAH SEMPENA RAYA HAJI


 
Kayu yang digunakan untuk pembuatan sarung dan hulu ialah Serian Dahan
Mata bilah daripada besi spring kereta dan rantai chain saw
Sarung tebuk dalam tak dibelah dan digam
Panjang mata bilah ialah 6 inci dan hulu 5 inci
mata bilah sudah dipolish
tidak perlu asah terus boleh guna
ketajaman AAA+

Harga asal : RM 110 
Harga promosi  : RM 90 termasuk pos
Jika berminat boleh menghubungi saya


PARANG LAPAH A002



Kayu yang digunakan untuk pembuatan sarung dan hulu ialah Bacang Hutan
Mata bilah daripada besi spring kereta dan rantai chain saw
Sarung tebuk dalam tak dibelah dan digam 
Panjang mata bilah ialah 7 inci dan hulu 5 inci
mata bilah sudah dipolish
tidak perlu asah terus boleh guna
ketajaman AAA+

Harga asal : RM 160
Harga promosi  : RM 140 termasuk pos
Jika berminat boleh menghubungi saya


PARANG LAPAH A003 



Kayu yang digunakan untuk pembuatan sarung dan hulu ialah Bacang Hutan, ciku dan terang bulan
Mata bilah daripada besi spring kereta dan rantai chain saw
Sarung tebuk dalam tak dibelah dan digam 
Panjang mata bilah ialah 7 inci dan hulu 6 inci
mata bilah sudah dipolish
tidak perlu asah terus boleh guna
ketajaman AAA+

Harga asal : RM 220
Harga promosi  : RM 200 termasuk pos
Jika berminat boleh menghubungi saya


PARANG LAPAH A004

Kayu yang digunakan untuk pembuatan sarung dan hulu ialah Nyatok Sarawak dan Rengas
Mata bilah daripada besi spring kereta dan rantai Kikir 
Sarung tebuk dalam tak dibelah dan digam 
Panjang mata bilah ialah 12 inci dan hulu 6 inci
mata bilah sudah dipolish
tidak perlu asah terus boleh guna
ketajaman AAA+

Harga asal : RM 250
Harga promosi  : RM 200 termasuk pos
Jika berminat boleh menghubungi saya

Monday, September 24, 2012

BUAH GOJI

Buah Lycium (Goji) merupakan herba yang berasal daripada Lycium chinense dan Lycium barbarum, tumbuhan yang biasa di dapati di Asia Timur. Kulit akar tumbuhan-tumbuhan tersebut juga digunakan untuk perubatan di seluruh Asia Timur. Lycium merupakan famili Solanacea yang memberikan kita buah-buahan seperti lada, terung, ubi kentang, tomato dan lain-lain lagi. Buah ini dikenali oleh masyarakat Cina sebagai Goji, dan telah pun digunakan sejak zaman purba lagi, direkodkan seawal keujudan Chinese material medica dalam lingkungan 100A.D.
KEGUNAAN TRADISIONAL DAN MODEN

Secara tradisionalnya, buah lycium digambarkan sebagai mempunyai khasiat untuk menyuburkan darah,buah pinggang dan hati, memperkayakan yin dan melembabkan paru-paru. Ianya digunakan untuk merawat penyakit seperti batuk kering di samping dahaga ( termasuklah di peringkat awal diabetes dan tuberkulosi ), pening, penglihatan yang kabur, ketajaman penglihatan yang berkurang dan batuk yang kronik. Beberapa ujikaji klinikal moden bagi rawatan kekurangan tulang sum-sum (penghasilan sel-sel darah merah, platelet atau sel-sel darah putih yang rendah) melibatkan buah lycium dalam preskripsi yang komplek untuk mengurangkan masalah penyakit..

Apabila merebus ( menyediakan teh dengan mendidihkan herba dalam air), dos 6-18gm buah lycium digunakan untuk sehari, selalunya dicampurkan dengan herba-herba yang lain, untuk masa 1 hingga 3 bulan sebagai terapi kursus tipikal (lycium juga digunakan dalam formula anti-penuaan, dimakan sejak bertahun-tahun). Dalam perubatan gastritis atropik ( penghadaman yang lemah disebabkan oleh pengurangan aktiviti sel-sel perut), pesakit-pesakit diberi makan buah lycium sebanyak 10gm setiap kali, dua kali sehari sebelum hidangan ( untuk tempoh 2 bulan). Dalam rawatan diabetes, buah lycium yang distim, dimakan dalam dos 10gm setiap kali, 3 kali sehari ( stim melembutkan buah). Dengan itu, dos di antara 10-30gm setiap hari merupakan aplikasi perubatan tipikal di China .

Goji telah digunakan dalam Perubatan Tradisional oleh rakyat China selama lebih 5000 tahun. Terdapat beberapa teks perubatan Cina purba yang menyanjung faedah kesihatan yang mengagumkan daripada buah Goji ini. Berikut adalah antara teks perubatan tersebut :
Ben Cao Hui Yan menyatakan : "Goji meningkatkan Qi atau daya kehidupan, menyokong darah, menyuburkan yin dan yang, membuang angin, merupakan herba yang sangat baik".
 Dr. Earl Mindell, R.Ph.,Ph.D., dikenali sedunia sebagai seorang Pakar Herba dan Ahli Farmasi berdaftar memberi 34 sebab mengapa mesti mengambil GOJI :

01. Goji memanjangkan usia, menghalang diri anda daripada tua sebelum masa menerusi
     tindakan anti-oksida yang tinggi.
02. Goji meningkatkan tenaga dan kekuatan anda, terutamanya apabila melawan penyakit.
03. Goji menjadikan anda rasa dan kelihatan muda. Goji merangsang rembesan HGH
     ( Hormon Pertumbuhan Manusia), 'hormon remaja'
04. Goji mengekalkan tekanan darah yang sihat.
05. Goji mengurangkan risiko kanser
06. Goji mengurangkan kolestrol
07. Goji menormalkan gula dalam darah pada peringkat awal diabetes
08. Goji meningkatkan fungsi seksual dan merawat masalah seksual
09. Goji membantu mengurangkan berat badan
10. Goji melegakan sakit kepala dan pening
11. Goji melegakan insomnia dan tidur yang lebih nyenyak
12. Goji mengekalkan kesihatan mata dan penglihatan anda
13. Goji menguatkan jantung anda
14. Goji menghalang peroksidaan lipid ( yang menyebabkan sakit jantung)
15. Goji meningkatkan halangan penyakit
16. Goji meningkatkan respon imunisasi (T-Cell, IL-2, IgA, IgG)
17. Goji digunakan sebagai rawatan kanser
18. Goji menempatkan semula dan membaik pulih DNA
     (menghalang mutasi yang menyebabkan kanser)
19. Goji menghalang tumbesaran tumor
20. Goji mengurangkan kesan toksik kemoterapi dan radiasi
21. Goji membina darah yang kuat, meningkatkan produksi sel-sel darah merah,
     sel-sel darah putih dan platelet, dan rawatan penyakit tulang sum-sum
22. Goji meningkat limfosit
23. Goji mengaktifkan enzim anti-radang
24. Goji menyokong fungsi hati yang sihat
25. Goji merawat simptom-simptom menapause
26. Goji menghalang loya di peringkat awal mengandung
27. Goji meningkatkan kesuburan
28. Goji menguatkan otot dan tulang anda
29. Goji menyokong fungsi buah pinggang
30. Goji meningkatkan memori dan memulih ingatan
31. Goji membantu batuk kering yang kronik
32. Goji menghilangkan tekanan dan gelisah
33. Goji meningkatkan keceriaan dan semangat anda
34. Goji membantu sistem penghadaman 


KONSTITUEN DAN PHARMAKOLOGI

Buah lycium mengandungi beta-karoten, Vitamin C, Vitamin B1, dan B2, beta-sitosterol ( agen anti-radang) linoleic asid ( asid lemak), immunologikal polisakarida yang aktif (5-8%), sesquiterpenoids (cyperone, solavetivone), tetraterpenoids (zeaxanthin, physalin) dan betaine (0.1%).

Penyelidikan pharmakologikal Cina, yang dikendalikan empat puluh tahun yang lalu, mendedahkan ekstrak buah lycium yang diberikan kepada tikus boleh meningkatkan imuniti tidak-spesifik, menggalakkan pengeluaran sel-sel darah merah, meningkatkan pengeluaran interleukin-2 (IL-2), dan mencegah kekurangan sel-sel darah putih akibat memakan ubat kanser. Komponen aktif yang utama ialah polisakarida, betaine dan physalin.

Dalam mengimbas kembali penyelidikan ke atas lycium yang disiarkan dalam Recent Advances in Chinese Herbal Drugs, Dr Zhou Jinhuang menyatakan polisakarida daripada buah lycium, seperti juga daripada astragalus dan ganoderma, dapat meningkatkan sel-pengantara dan tindakbalas humoral imun. Dengan hanya dos 5-10mg/kg setiap hari selama seminggu, polisakarida buah lycium boleh meningkatkan aktiviti sel-sel T, sel-sel citotoxik T dan sel-sel pembunuh semulajadi dalam haiwan-haiwan ujian makmal. Jumlah polisakarida dalam buah lycium daripada jenis lembut yang boleh dimakan mungkin tidak melebihi 5%, dengan itu jumlah ini sepadan dengan dos manusia lebih kurang 7-14gm bagi sebiji buah. Dalam kajian lycium yang dilaporkan dalam jurnal Beijing Medical University (1992), ianya dinyatakan bahawa buah lycium mengurangkan antibodi-antibodi yang berkaitan dengan tindakbalas jenis-alergi, yang dianggapkan tercapai menerusi mekanisma meningkatkan sel-sel CD8 T dan mengawal cytokines. Barangkali hasil daripada aktiviti ini, buah lycium telah dilaporkan berguna untuk rawatan psoriasis.

Beberapa tumbuhan polisakarida telah menunjukkan peningkatan pengeluaran IL-2; kesan peningkatan polisakarida lycium ke atas aktiviti IL-2 telah dilaporkan oleh Institut Pharmakologi dan Toxicologi Beijing (1989). Di Amerika Syarikat, IL-2, telah dikaji sebagai faktor meningkatkan imunisasi sejak tahun1983, berguna untuk kanser dan beberapa jangkitan HIV.

Betaine, apabila dicampurkan kepada makanan ayam, meningkatkan pembesaran haiwan dan pengeluaran telur, dan sekarang ini digunakan di ladang ternakan ayam dan itik disebab oleh kesan-kesan tersebut. Buah lycium yang diberi kepada tikus telah merendahkan kolestrol darah dan gula darah mereka; diberi kepda arnab, ianya menghalang pembentukan artherosklerosis. Betaine juga menunjukkan perlindungan kepada hati-hati haiwan-haiwan ujian makmal daripada kesan toksin kimia; lain-lain kajian pharmakologik telah menunjukkan ia adalah antikonvulsi (anti-kejang), sedatif dan vasodilator.

Dalam tahun 1974, dilaporkan Betaine boleh merawat pelbagai penyakit hati yang kronik; buah lycium sering kali diberikan bersama dengan satu lagi buah herba Cina, schizandra, untuk tujuan tersebut. Tahun-tahun kebelakangan ini, betaine telah dimasukkan dalam beberapa produk nutritional tambahan Barat, terutamanya kepada mereka yang ingin membina otot. Betaine sejenis alkaloid, kadang kala dikelaskan sebagai amino asid, yang juga ditemui dalam capsicum, silibum (sumber daripada silimarin flavonoid pelindung-hati) dan beets ( Beta vulgaris, di mana betaine mendapat namanya) Betaine digunakan oleh hati untuk menghasilkan choline, satu sebatian untuk menenangkan ketakutan, meningkatkan memori dan melindungi penyakit hati berlemak. Dalam tumbuhan bit, iaitu sumber komersil daripada sebatian terasing, kandungan betainenya adalah pada paras 0.3 - 0.7%.

Satu lagi tumbuhan dalam famili Solanaceae, iaitu Physalis angulata, mengandungi physalin ( salah satu daripada bahan lycium) sebagai komponen aktif yang utama. Herba tersebut digunakan sebagai rawatan untuk Hepatitis B. Ekstrak physalin telah menunjukkan peningkatan aktiviti sel pembunuh semulajadi di organ limpa tikus yang bersaiz normal atau berpenyakit kanser, menunjukkan ianya mempunyai kesan anti-kanser berbagai jenis.

Buah lycium telah diberi untuk merawat masalah mati pucuk. Telah dilaporkan pemgambilan terus buah lycium dan pengambilan dalam bentuk ekstrak, menunjukkan peningkatan nyata paras androgen dalam darah, menjadikan pesakit-pesakit berasa lebih bertenaga. Rupa-rupanya sitosterol atau terpenoids yang bertanggungjawab untuk kesan ini. Dos harian buah lycium yang diperlukan untuk memperolehi kesan lebih kurang 10gm/sehari.

Seperti juga memakan buah-buah yang lain, lycium tidak bertoksik. Kajian toksik menunjukkan suntikan 2.4gm/kg ekstrak buah lycium tidak menyebabkan tindak balas berbalik, tetapi dos sebanyak 25g/kg, tindak balas toksiknya cepat. LD50 telah ditentukan pada dos lebih kurang 8.3gm/kg ( kira-kira 1 paun buah kering, diekstrak dan disuntik untuk seorang)
LYCIUM SEBAGAI SUMBER PENINGKAT-IMUN POLISAKARIDA

Dalam mengimbas kembali peningkat-imun polisakarida (ITM, 1993), dicadangkan dos harian polisakarida aktif lebih kurang 3.5gm sehari sudah memadai sebagai dos minima untuk mencapai kesan yang cukup baik dalam menghalang kanser atau infeksi viral kronik. Paras dos yang sama, iaitu 3.0gm/sehari, telah ditentukan baru-baru ini di Institut Kanser Sloan-Kettering (komunikasi peribadi). Untuk memperolehi jumlah ini dengan semata-mata memakan buah lycium ( dianggarkan 5% polisakarida) mungkin sukar: dos harian sepatutnya 60-70 gram. Walau bagaimana pun, sekiranya buah lycium dimakan bersama-sama dengan polisakarida tambahan yang lain, ianya cukup untuk menyumbang kepada jumlah dos harian yang diingini. Rasa buah lycium yang sedap dan boleh dimakan terus - dimasak bersama makanan, juga dalam arak berherba, dan dalam bentuk tablet- menjadikan ia sumber yang ideal. Ianya juga tidak mahal. Dos 30-35g buah mentah sehari kosnya hanya 1 US dollar. Pengalaman lebih daripada 300 pesakit di Immune Enhancement Project di Portland yang mengamalkan buah lycium menunjukkan tindak balas berbalik tidak terjadi dengan dos yang dicadangkan di atas, mengesahkan laporan dari China.

Penasihat Kesihatan Istimewa Mengenai Imuniti dan Penuaan Penemuan Terkini Goji
Oleh D. Gary Young - 15 Mei 1998 

 Mengapakah mereka yang tinggal di Barat Pendalaman Mongolia mempunyai hayat hidup melebihi 100 tahun ?
Kisah bermula lima tahun yang lalu apabila Profesor Chao mengunjungi saya di pejabat kami di Riverton. Beliau ketika itu bekerja di Universiti Science Natural Beijing China dan dihantar menjalankan tugasan mengumpul maklumat dan memberi pengajaran khas. Beliau telah mengetahui tentang essential oils dan amat tertarik dengan potensinya. Apabila kami mula berbincang tentang khasiat perubatan essential oils, beliau telah memaklumkan kepada saya satu lagi botanikal yang amat berkuasa telah digunakan berabad-abad lamanya di pendalaman Mongolia tetapi baru kini dibuat penyelidikan. Ianya dipanggil buah Goji ( nama Latin, Lycium barbarum, atau bahasa percakapan Cina "goji "). Mereka yang mengamalkan buah Goji ini jelas hidup bebas daripada penyakit seperti arthritis, kanser dan kencing manis. Tambahan lagi, hayat hidup mereka melebihi 100 tahun.

Di China, Goji dan Ginseng telah dikenali berabad lamanya sebagai tumbuhan yang mempunyai nutrisi dan kesan terapeutik yang amat penting. Hakikatnya, masyarakat Cina mempunyai kepercayaan yang kuat bahawa hayat manusia boleh dilanjutkan dengan mengamalkan herba-herba ini. Malangnya, ginseng dianggap terlalu kuat untuk diguna secara berterusan, dan dalam kuantiti yang banyak mungkin tidak sesuai untuk mereka yang berpenyakit darah tinggi atau jantung. Sebaliknya, Goji lebih lembut, tanpa risiko sekiranya diamal berterusan.

Mengandungi 500 Kali Ganda Lebih Vitamin C Berbanding Buah Oren

Dalam tahun 1988, Institiut Penyelidikan Nutrisi Beijing mengendalikan kajian terperinci analisis kimia dan komposisi nutrisional buah Goji kering. Apa yang mereka temui menakjubkan. Buah Goji mengandungi lebih 18 amino asid ( 6 kali ganda lebih tinggi kadarnya berbanding bee pollen), 21 unsur mineral, lebih beta karoten berbanding karot dan menghairankan 500 kali ganda lebih Vitamin C berbanding buah oren - mengikut berat) Ianya juga kaya dengan Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B6 dan Vitamin E.

Mungkin sebab inilah masyarakat Cina mengatakan secara tradisional faedah-faedah Goji, mendakwa Goji melindungi fungsi hati, menggantikan tenaga penting, penglihatan yang lebih baik, mengurangkan tekanan darah dan kolestrol. Goji juga dikatakan dapat menguatkan otot dan tulang, merangsang jantung dan membantu merawat diabetes dan mati pucuk. Soalannya : Bolehkah tuntutan-tuntutan ini disahkan dalam kawalan kajian dengan menggunakan analisis kimia moden?
Bolehkah Goji Merangsang Fungsi Imunisasi ?

Menurut laporan Suruhanjaya Teknologi Saintifik Negara China , Goji mengandungi sebatian yang dikenali sebagai lycium polisakarida, yang ternyata sangat berkesan dalam meningkatkan imunisasi. Keputusan-keputusan ini disahkan dalam beberapa ujian klinikal.

Dalam satu kajian ke atas sekumpulan pesakit kanser, Goji telah mencetuskan peningkatan dalam kedua-dua iaitu kadar transformasi limfosit dan juga bilangan sel darah putih (sukatan fungsi imunisasi). Dalam kajian yang lain melibatkan sekumpulan mereka yang bilangan sel darah putih di bawah had, Goji meningkatkan fagocitosis dan titre antibodi serum (satu lagi index fungsi imunisasi). Aras titre antibodi serum yang tidak sihat telah lama dikaitkan dengan Sindrom Keletihan yang Kronik (dikenali juga sebagai Epstein-Barr). Adakah ini bermakna yang Goji boleh digunakan sebagai senjata terhadap Epstein-Barr? Kemungkinannya benar-benar menarik minat.

Dalam kajian yang lain, pengambilan Goji memberi petunjuk kepada menguatkan aras immunoglobin A (index fungsi imunisasi) sebab penurunan immunoglobin A merupakan satu petanda penuaan, peningkatan aras ini menunjukkan Goji mungkin membolehkan DNA yang rosak dibaik pulih dengan sendirinya dan mencegah kemerosotan tisu.

Adakah Goji Merupakan Antioksida Yang Kuat ?

Apabila kita meningkat tua, paras lipid peroksida dalam darah kita meningkat, manakala paras-paras pelindung-kesihatan antioksida, seperti superoxide dismutase (SOD) menurun. Dalam kajian klinikal mereka yang mengamalkan Goji, SOD dalam darah meningkat sebanyak 48% manakala hemoglobin meningkat sebanyak 12%. Baiknya, aras lipid peroksida menurun sebanyak 65%.

Adakah Goji melindungi Mata ?

Satu ujian kesan Goji ke atas penglihatan telah dikendalikan. Dua puluh orang telah diuji dan menunjukkan pembaikan yang dramatik dalam kedua-dua penyesuaian gelab dan kandungan Vitamin A dan karotene serum mereka. (sukatan akuiti penglihatan)

Gary Melihat Perubahan Dramatik

Enam tahun yang lalu, saya telah melonggarkan latihan regimen saya kerana kesakitan di kedua pergelangan kaki. Jadi Krismas kali ini, saya bersungguh-sungguh memulakan program kesihatan badan, merangkumi latihan sederhana 2 ke 3 kali seminggu dengan dua kali sehari hanya memakan hidangan Goji dan juga hidangan lain. Pada pertengahan bulan Mac, semasa saya sedang belajar di Turkey , saya mula dapati perubahan fizikal saya: Kulit saya nampak lebih cerah dan tahap tenaga saya juga bertambah. Setiap hari saya bekerja 16 jam di antara pembelajaran dan latihan makmal.

Apabila saya pulang ke rumah, saya dapati berat badan saya telah turun sebanyak 12 paun, turun 3 inci di bawah perut dan naik 3 inci di bahagian dada.

Dan, 2 minggu lalu semasa saya di Phoenix , saya berlari satu batu. Saya rasa badan saya panas, bertenaga dan berlari dengan tenang. Minggu lepas, di rumah saya di Utah, terletak pada altitut 5,000 kaki dari paras laut, saya berlari 2.7 batu dan tidak ada rasa letih sedikit pun - walau pun pada altitut udara yang rendah. Dua hari selepas itu, saya berlari 4.3 batu tanpa kaki berasa sakit. Saya boleh berlari lagi untuk tiga atau empat batu tetapi saya tidak mahu melakukannya. Perubahan ini amat luar biasa jika diambil kira saya tidak menjalani sebarang latihan selama 6 tahun.

Berita Baik Untuk Para Atlit, Yang berdiet, Pesakit Kanser, AIDS dan Pesakit MS

Pelbagai jenis kesan-kesan fisiologikal ini telah menyegerakan saya untuk lebih mendalami ilmu kimia Goji. Apa yang saya temui menakjubkan : Goji tidak hanya mengandungi super oxide dismutase, phenyl-propanoids, factor-faktor penghalang anti-kanser dan antiseniliti, tetapi juga mengandungi rangkaian amino asid L-leucine yang tinggi. Leucine merupakan amino asid yang perlu yang tidak dibuat oleh tubuh kita, kita hanya boleh mendapatkannya daripada diet kita. Ianya ada dalam kuantiti yang kecil dalam kedua-dua makanan tumbuhan dan haiwan dan ianya merupakan komponen semulajadi susu ibu.

Tetapi Leucine bukan hanya sebagai amino asid perlu: Ia juga menyokong fungsi imunisasi, membakar lemak dan membina otot. Bagaimana? Sebab leucine membentuk sebatian yang sangat unik dipanggil HMB (Beta-hydroxy brta-methylbutyrate). Melalui aktiviti phenylpropanoid Goji membantu menukarkan leucine kepada HMB.

Apa yang membuatkan HMB begitu cemerlang dalam mengekalkan kesihatan? Merujuk kepada penyelidik terkemuka, Richard Passwater, Ph.D.,

"HMB menunjukkan yang ia merendahkan jumlah dan aras kolestrol LDL dalam darah dan membantu menguatkan sistem imunisasi di samping membina otot-otot dan membakar lemak dalam tubuh. Berita ini pastinya menarik minat para atlit angkat berat dan yang lainnya, tetapi ianya mungkin juga menarik minat pesakit-pesakit kanser, AIDS dan distrofi otot"
LYCIUM BARBARUM (GOJI)
Lycium Barbarum (buah Goji) telah lama dikenali di China kerana faedahnya untuk penglihatan. Buah Goji sering dijadikan bahan utama dalam hampir setiap perubatan Cina dalam memulihkan mata.

Buah Goji mempunyai rangkaian amino asid L-leucine yang sangat tinggi. L-leucine merupakan amino asid perlu yang hanya boleh diperolehi daripada diet kita . Dalam tubuh, L-leucine ditukarkan kepada sebatian yang sangat kuat dipanggil HMB (beta-hydroxy beta-methylbutyrate).

Apa yang membuatkan HMB begitu cemerlang dalam mengekalkan kesihatan ?

Merujuk kepada penyelidik terkemuka, Richard Passwater, PH.D.:
"HMB menunjukkan yang ia merendahkan jumlah dan aras kolestrol LDL dalam darah dan membantu menguatkan sistem imunisasi di samping membina otot-otot dan membakar lemak dalam tubuh. Berita ini pastinya menarik minat para atlit angkat berat dan yang lainnya, tetapi ianya mungkin juga menarik minat pesakit-pesakit kanser, AIDS dan distrofi otot"

Sehingga kini, empat kajian klinikal manusia telah pun dilengkapkan, termasuklah kajian double-blind di Perubatan Sukan Kolej Amerika di Minnessota. Ujian subjek yang hanya menggunakan 3gm HMB sehari, menunjukkan gumpalan otot meningkat sehingga 300% dan mengalami 295% pertambahan kekuatan.
Dalam kajian yang lain, pengambilan buah Goji meningkatkan paras immunoglobin A ( sebahagian daripada imunisasi kita). Sebab penurunan immunoglobin A merupakan satu petanda penuaan, jadi peningkatan paras ini menunjukkan buah Goji mungkin membolehkan sel-sel tua untuk tumbuh semula.
Adakah Goji Merupakan Antioksida Yang Kuat ?

Apabila kita meningkat tua, paras lipid peroksida dalam darah kita meningkat, manakala paras-paras pelindung-kesihatan antioksida, seperti superoxide dismutase (SOD) menurun. Dalam kajian klinikal mereka yang mengamalkan Goji, SOD dalam darah meningkat sebanyak 48% manakala hemoglobin meningkat sebanyak 12%. Baiknya, aras lipid peroksida menurun sebanyak 65%.
Bolehkah Goji Menghalang Pertumbuhan Tumor ?

Daripada Julai 1982 hingga Januari 1984 (No, Pendaftaran 870303), Institut Pemeriksaan Dadah Ningxia telah mengendalikan ujikaji klinikal menggunakan pemeriksaan multi-index. Kesimpulannya buah-buah dan pedisel-pedisel Goji berkesan dalam meningkatkan sel-sel darah putih, melindungi hati dan melegakan hipertensi. Ekstrak buah-buah Goji menghalang pertumbuhan tumor dalam tikus sebanyak 58%, dan protein dalam Goji menunjukkan tindakan seperti insulin yang berkesan dalam meningkatkan dekomposisi lemak dan mengurangkan gula dalam darah.
Bolehkah Goji Melambatkan Penuaan ?

Ujikaji klinikal oleh Institut Ningxia (No. Pendaftaran 870306), daripada Oktober 1982 hingga Mei 1985) mengkaji kesan-kesan Goji ke atas darah para sukarelawan yang berumur. Keputusannya telah diumumkan oleh Suruhanjaya Teknologi dan Saintifik Negara China , dan penulisnya membuat kesimpulan bahawa Goji menyebabkan darah mereka yang berumur telah kembali menjadi lebih muda dengan ketaranya.
Penyelidikan Sains Membuktikan Antioksida Dalam Goji Merupakan Pertahanan Tubuh Yang Terbaik Melawan Radikal Bebas


Tubuh kita diserang setiap hari oleh kesan-kesan kerosakan akibat radikal bebas yang ujud menerusi fungsi metabolik biasa. Hakikatnya, Dr Bruce Ames dari Universiti California di Berkelay menganggarkan setiap sel DNA kita diserang oleh radikal bebas lebih daripada 10,000 kali dalam sehari. Tambahan lagi bahan cemar dengan tidak sengaja diinges dalam makanan dan minuman kita, udara yang disedut untuk bernafas menjadikan masalah semakin rumit.

Tanpa dihalang, radikal bebas boleh mengakibatkan kemusnahan DNA, enzim-enzim dan sel-sel. Banyak keadaan kronik, termasuk penuaan-dipercayai hasil daripada kerosakan berterusan yang disebabkan oleh radikal bebas. Mujurlah, antioksida terbukti sebagai senjata yang berkesan untuk melawan mereka. Antioksida membantu meneutralkan kesan-kesan akibat radikal bebas, membenarkan tubuh mengembalikan fungsi normal dan menjadi sihat.

Antioksida membantu mempertahankan integriti sel dengan melindungi mereka daripada diserang oleh radikal bebas.
Kebanyakan penyakit berkait dengan penuaan adalah disebabkan kerosakan akibat radikal bebas. Oleh kerana kualitinya yang lebih tinggi, beberapa kajian perubatan telah mengesyorkan kegunaan Goji Ningxia sebagai pertahanan yang terbaik dalam melawan radikal bebas. Seperti tumbuhan yang lain, Goji juga mempunyai pelbagai bilangan spesis dan jenis. Daripada 80 spesis Goji yang berbeza di seluruh dunia, Lycium barbarum dari Ningxia mengandungi paras rangsangan-imunisasi polisakarida yang jauh lebih tinggi. 

 Fakta Pemakanan buah Goji Ningxia
Goji Ningxia mengandungi :

19 amino asid termasuk 8 yang diperlukan untuk hidup
21 unsur mineral termasuk germanium, unsur mineral anti kanser yang jarang-jarang ditemui dalam makanan
16% protein (6 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan bee pollen)
• Spektrum yang lengkap dengan antioksida Karotenoid , termasuk Beta-Karoten ( sumber yang lebih baik meskipun karot)
Zeaxanthin dan Lutein melindungi mata dan membaiki penglihatan. Buah Goji paling kaya dengan sumber karotenoid berbanding dengan semua jenis makanan yang ada
Vitamin C (500 kali ganda berbanding buah oren)
Vitamin B Komplex, perlu untuk menukarkan makanan kepada tenaga
Vitamin E , jarang-jarang ditemui dalam buah dan selalunya hanya ditemui dalam bijian dan benih
Beta-Sitosterol, dikenali sebagai agen anti-radang. Beta-Sitosterol juga merendahkan kolestrol dan digunakan untuk merawat masalah seksual mati pucuk dan masalah zakar yang membesar.
Essential Fatty Acids, diperlukan oleh tubuh untuk mengeluarkan hormon-hormon, dan melicinkan fungsi otak dan sistem saraf
Cyperone, memberi faedah kepada jantung dan merendahkan tekanan darah, melegakan ketidakselesaan ketika haid dan digunakan dalam rawatan kanser servik.
Solavetivone , sebatian anti-bakteria dan anti-kulat yang kuat
Physalin, sebatian semulajadi yang aktif terhadap semua jenis leukemia, juga digunakan dalam rawatan Hepatitis B di samping meningkatkan sistem imunisasi.
Betaine, digunakan oleh hati untuk mengeluarkan choline, sebatian yang mententeramkan ketakutan, meningkatkan memori, meningkatkan pertumbuhan otot dan melindungi penyakit hati berlemak (fatty liver). Betaine juga menyediakan kumpulan methyl dalam tindak balas tenaga dan boleh membantu mengurangkan paras homocysteine, iaitu faktor risiko utama dalam penyakit jantung. Ianya juga melindungi DNA.
• Polysaccharides: LBP (Lycium Barbarum Polysaccharides) terbukti sebagai glykokonjugat, bermaksud merupakan sumber sel gula yang perlu ( essential cell sugars) yang luar biasa (Mannose, Xylose, Rhamnose, Glucose, Arabinose dan Galactose) yang perlu untuk fungsi imunisasi yang sempurna dan komunikasi intersellular. Hakikatnya, GOJI mungkin merupakan sumber glykonutrien yang terkaya pernah ditemui !  

Jika sesiapa berminat untuk menjadi pengedar atau mendapatkan produk buah goji kering ini boleh menghubungi saya. Pembelian secara pukal juga disediakan.

CENDAWAN MEKAH/KOMBUCHA TEA

 
Air teh Kombucha adalah minuman zaman silam dari Manchuria yang mana ia telah dibiakkan melalui proses pembentukkan/pembiakan dari ‘Bacterium lylinum’. Teh Kombucha ini secara semulajdi adalah sedikit berasid dan diketahui mempunyai rasa seperti ‘cuka sider epal’, ia sedikit manis, sedikit masam.

‘Biochemist’ banyak menyebut tentang kesan therapeutik asid L-Laktik dan asid Glucuranic. Asid Laktik juga ditemui di dalam tapai makanan seperti sauerkraut dan yogurt. Asid Laktid di dalam air tapai yang aktif adalah lebih tinggi tahap ionnya maka ianya lebih baik dari asid asitik (dijumpai dalam cuka). Asid Laktik mengaktifkan sel pernafasan, meningkatkan oksigen di dalam darah dan menambahkan tenaga. Ia juga dapat mengimbangi pH darah dalam keadaan berasid dan secara perlahan meransang fungsi hati (liver).

Asid Laktik jarang sekali terdapat didalam tisu pesakit kanser. Kekurangan asid Laktid akan menjurus kepada ‘Hypoxia’, iaitu kekurangan oksigen dan akan mengakibatkan pembentukkan asid DL-Laktik yang tidak diingini.

Asid Glucuronic adalah penyahtoksid bagi hati yang akan mengikat metabolic dan racun dari persekitaran bagi membuang bahan-bahan merbahaya tersebut dikeluarkan dari badan.

Pelarut semulajadi ini sangat berguna kepada pesakit-pesakit arthritis, gout atherosclerosis dan lain-lain di mana terdapat lebihan kolestrol dan lain-lain bahan metabolic. Asid Glucuronic juga adalah pembina kepada sekumpulan penting ‘mucopolysaccharides’.

Mucopolysaccharides adalah molekul-molekul kompleks yang besar gula yang bergabung dengan asid amino lalu membentuk semen cecair intercellular bagi badan yang akan melindungi dan mengikat antara satu lain organ-organ serta melincirkan sendi-sendi.



Mucoplysaccharides mengandungi:

1. Asid Hyaluronic, yang ditemui dalam krim-krim muka yang mahal dan juga dalam di kulit di mana ia mengikat sel-sel dan juga air tisu.
2. ‘Chondroitin Sulfate’, terdapat di tulang rawan dan rangkaian tisu yang mempercepatkan penyembuhan tulang dan tisu lembut.
3. Asid Mucoitin Sulfurik, bahan asas kepada pembinaan lapisan perut dan vitreous humors mata.
4. ‘Heparin’, pencair darah yang ditemui terutama dalam tisu hati dan peparu yang membantu mengelakkan pembekuan darah.

Air teh Kombucha sangat baik terutama di dalam menormalkan fungsi sistem penghadaman apabila diambil sewaktu makan. Walaupun ia bersifat asid, ia tidak mengakibatkan ‘hyperacidity’ di dalam perut. Asid dari makanan yang tidak hadam selalunya adalah simptom dari penapaian makanan yang tidak diingini dan akibat dari kekurangan makanan mentah (60%) dan kekurangan asid hidroklorik dan lain-lain asid rembesan yang diperlukan oleh sistem penghadaman.

Air teh Kambucha dapat mengatasi masalah pembuangan air besar (sembelit) dan telah menghasilkan keputusan yang baik terhadap pesakit yang menderita masalah buah pinggang dan batu dalam hempedu. Ada juga lapuran yang mengatakan bahawa ia dapat mengurangkan berat badan jika diminum setiap hari.

Air teh Kombucha bukanlah penyembuh segalanya. Namun selama beratus-ratus tahun, ia telah merekodkan banyak testimoni penyembuhan dan peningkatan kesihatan diri yang menakjubkan. Bagi mengetahui kesesuaian bagi penyembuhan diri anda minumlah air teh Kombucha secara berterusan selama 30 hari. Adalah dicadangkan supaya bermula dengan pengambilan empat (4) auns sehari dan tingkatkan secara beransur kepada dua belas (12) auns sehari.

Kebaikan yang pernah dilaporkan kesan mengamalkan minum air teh Kombucha:
Menghapuskan kedutan dan membantu menyingkirkan tompok-tompok perang pada tangan. Ia adalah pelembab kulit
Mengelakkan dari beberapa jenis kanser. Di Manchuria, dimana cendawan ini ditemui, tiada satu kes kanser pun dikesan di sana. Setiap hari mereka minum air teh Kombucha ini sebagai amalan keagamaan.
Semasa manapous, Kombucha dapat mengurangkan rasa tidak selesa akibat panas. Sebaik selepas meminumnya, anda akan mengalami rasa sensasi yang menyeronokkan komponen air teh Kombucha yang memasuki saluran darah bertindakbalas menyingkirkan bahan-bahan kimia beracun dan cecair, mengakibatkan anda merasa peningkatan aktiviti dan fleksibiliti di kawasan sekeliling pinggang anda.



 
Antara lagi kebaikkan yang ditemui:
1. Menyembuhkan sembelit
2. Menyembuhkan otot-otot yang kaku, sakit dileher dan bahu
3. Menyembuhkan bronchitis, asma, batuk dalam 2 atau 3. hari, juga membantu anak mengeluarkan lendir.
4. Menyembuhkan berbagai macam alergi dan sakit pada urat saraf.
5. Terbukti berguna untuk masalah katarak dan kornea.
6. Membersihkan pundi hempedu, menyembuhkan radang usus besar dan asma/lelah.
7. Menurunkan kolestrol, dan menghaluskan urat darah dan pembuluh nadi.
8. Membakar lemak, sehingga dapat menurunkan berat badan.
9. Menghentikan infeksi cirit birit
10. Menyembuhkan masalah pencernaan
11. Mengatasi insomnia (tidak bisa tidur)
12. Membantu fungsi hati lebih efektif
13. Untuk berbagai masalah ginjal
14. Membantu menurunkan kadar gula dalam darah bagi pesakit Diabetis, jika diminum setiap hari akan mengeliminir urine dalam 100 hari
15.Memberi kesan yang baik untuk  rambut(kelumumur), membantu mencegah botak, mengeliminir rambut uban, melebatkanl rambut.
16. Mencegah kanser.
17. Menghilangkan migrain
18. Menurunkan tekanan darah tinggi
19. Mengurangi rasa sakit.
20. Menormalkan tekanan darah rendah
21. Menghilangklan rasa sakit pada waktu haid
22. Meringankan beban panyakit perut (gastric)
23. Menurunkan asid urik (pesakit gout)
24. Baik kepada yang sering masuk angin,mual-mual
25. Meringankan rheumatik
27. Baik bagi penderita prostat
28. Menghilangkan jerawat jika dipakai untuk masker
29. Membantu bagi penderita strok
30. Membantu penderita hernia
31. Mengempiskan tumor lemak
32. Menghilangkan kanser leher.
33. Menurunkan berat badan
34. Membantu melegakan masalah buah pinggang


Jika berminat untuk mendapatkan benih kultur cendawan mekah / kombucha tea boleh menghubungi saya di talian
019-7272455 - Asyraf

Benih kultur berharga RM 50.00 Anda akan dapat baby Kombucha dan satu balang plastik.. penghantaran di sekitar daerah Muar dan Ledang atau boleh datang ambil sendiri di kedai.. Jika ada sesiapa berminat untuk membelinya secara pos , perlu tambah RM 10.00 untuk kos penghantaran. kaedah penjagaan akan disertakan sekali bersama penghantaran.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...