Blog ini menjual item yang berunsurkan koleksi peribadi, mistik, unik, eksotik dan sukar didapati di pasaran.

Koleksi item ini adalah terhad dan bernilai tinggi di pasaran pada masa akan datang. Jadi tidak rugi jika anda menebusnya.

Matlamat perkhidmatan kami adalah untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan mutunya terjamin.

Polisi pelanggan kami adalah :

“ Cepat, Tepat, Kualiti”

Prosedur Pembelian :-

Jika anda berminat dengan item yang dijual, sila hubungi kami untuk keterangan lanjut.

Jangan teragak-agak atau malu untuk menghubungi kami untuk keterangan lanjut.

Warning : Hanya yang berminat sahaja. Jika berniat untuk main-main, tidak akan dilayan...

Pastikan anda mendapat maklumat yang jelas kerana

“Good Sold Are Not Return”

Pembayaran boleh dibuat melalui online banking atau bank in ke akaun berikut :

MOHD ASYRAF BIN MOHD ZANI

Maybank : 164137461724

CIMB : 01320008908522

BSN : 0113729000155526

Setelah pembayaran dijelaskan, sila sms :
Jumlah Total, Masa Transaksi, Nama Pembeli, Alamat untuk Penghantaran

Kami akan menghantar item belian anda menggunakan Pos Laju dan barang akan sampai ke alamat selama 2-3 hari bekerja.

Jangan berlengah untuk hubungi saya, sms,call atau email - Asyraf di :

HP : 0197272455
Email :
asyraf6057@yahoo.com.my








Wednesday, November 30, 2011

PROMOSI JUALAN SEMPENA BULAN MUHARAM

       Sempena Bulan Muharam ini pengasas blog dengan bermurah hati ingin melepaskan sebanyak 13 item daripada koleksi peribadi dengan harga yang mampu milik dan munasabah. Ada di antara item ini adalah daripada barang yang lama dan sukar diperolehi dan tidak ketinggalan juga barang yang diperolehi daripada alam ghaib... Itu terpulang kepada rezki masing- masing. Siapa cepat dia yang dapat.. 
      Kujang Tembaga Berwafaq ini diperolehi daripada seorang guru silat dan pengasas berhajat ingin melepaskannya dengan mahar RM 150 sahaja termasuk pos.. Jika berminat hubungi segera..

 Ini adalah keris picit jawa lama... Besi yang digunakan untuk membuatnya adalah daripada jenis besi lama... Pengasas ingin memaharkannya dengan harga RM 200 sebilah... Jika mahu menebus ketiga- tiganya hanya RM 500 sahaja dan akan disertakan sekali minyak misik untuk penjagaan keris tersebut..

 Batu Ular ini diperolehi daripada Gunung Ledang dan keistimewaannya ialah ia akan mengeluarkan cahaya hijau terang apabila berada di dalam gelap ( Glow in the dark ) Fadilatnya untuk pelaris dan pendinding diri serta rumah daripada unsur jahat.. Saiznya seperti bola lisut dan beratnya lebih dari 1 kg.. Pengasas ingin memaharkannya dengan mahar RM 400 termasuk pos.

 Bulu Burung Cenderawasih yang gugur dalam bulan Muharam... Khasiatnya lebih kepada pelaris diri dan perniagaan... Hanya ada sehelai sahaja..Pengasas ingin melepaskannya dengan mahar RM350 sehelai termasuk pos dan disertakan sekali minyak pati attar untuk penjagaan bulu tersebut..
 Ini adalah batu Firus Putih yang sukar didapati lebih-lebih lagi yang memiliki ciri unik pada permukaan batu tersebut.. Terdapat imej seakan kambing gurun secara semulajadi pada urat batu tersebut.. Boleh dijadikan sebagai koleksi peribadi yang unik atau dibuat loket.. Ingin dilepaskan dengan mahar RM 250 sahaja termasuk pos.

 Kadar banding saiz batu dengan duit syiling 50 sen

 Cincin tempurung buta saiz 19 koleksi peribadi pengasas.. Ingin dilepaskan dengan mahar RM100 termasuk pos..
 Kadar banding cincin dengan duit syiling 10 sen..

 Sebiji Batu Meteorit Hitam Koleksi peribadi pengasas ingin dilepaskan dengan mahar RM 300 sebiji termasuk pos.. Batu ini boleh dicanai untuk dijadikan permata cincin atau loket atau disimpan sebagai koleksi eksotik dalam bentuk asal.. Khasiat batu ini ia boleh menambah tenaga dalam badan si pemakai , kebal darurat dan meningkatkan keberanian si pemakainya.. Batu ini mungkin sudah berusia berjuta- juta tahun melalui perjalanan yang jauh di alam semesta sebelum ia jatuh di bumi... Mungkin ia telah wujud sebelum bumi ini tercipta.. Wallahualam.. hanya Allah sahaja yang maha mengetahui..

 Kadar banding saiz Batu Meteorit Hitam dengan duit syiling 10 sen

 Fosil karang laut Hitam ini adalah daripada spesies Black Coral dan hidup di dasar laut.. Khasiatnya ialah boleh dijadikan sebagai penawar keracunan makanan laut, penyejuk badan serta            penawar untuk demam panas  dan menyerap toksin yang berlebihan di dalam badan jika dipakai dalam bentuk cincin.. Ini adalah koleksi peribadi pengasas yang diperolehi daripada seorang sahabat apabila melawat ke negeri di bawah bayu... Pengasas ingin melepaskannya dengan mahar RM 350 sahaja termasuk pos.

 Batu akik ini dipanggil batu akik tok wali kerana terdapat imej seakan-akan seorang yang sedang memakai serban pada batu tersebut.. Sudah lama pengasas menyimpan batu ini yang diperolehi daripada seorang kenalan dan semakin jelas imej muka manusia pada batu tersebut..Batu ini boleh dikategorikan dalam jenis batu hidup kerana tompokan yang membentuk imej pada batu tersebut semakin lama semakin jelas.. Koleksi unik ini ingin dilepaskan dengan harga RM 300 termasuk pos..

 Gambar dekat yang diambil pada imej batu itu.

 Cincin Geliga siput ikat steel ini adalah di antara koleksi yang paling disayangi pengasas.. Tetapi  berhajat melepaskannya kepada sesiapa yang berminat .. Mahar mampu milik sahaja RM150 termasuk pos..

 Cincin ini bersaiz 20 dan di bahagian permata yang warna hijau itu akan mengeluarkan sedikit cahaya hijau terang apabila di dalam gelap..

 Ini adalah cincin batu ular atau dipanggil mata dewa oleh sesetengah orang... Kelebihannya ialah batu cincin ini akan mengeluarkan cahaya hijau terang apabila berada di tempat yang gelap.. Ia sesuai dijadikan medium pemanis diri dan meningkatkan kewibawaan diri.. Cincin ini diikat dengan steel dan bersaiz 20.

 Gambar yang diambil di dalam gelap.. batu cincin ini bercahaya dalam gelap( Glow in teh dark ).. Ingin dilepaskan dengan mahar RM 250 sahaja..

 Ini adalah koleksi peribadi seorang tok guru.. Seekor Burung Cenderawasih yang telah mati dan diawet. Burung ini mengeluarkan bau yang wangi walaupun telah mati dan diawet.. Ingin dilepaskan kepada sesiapa yang berhajat besar.. Khasiatnya 1001 macam dan antara yang diketahui umum ialah boleh dijadikan medium pelaris dan berguna dalam bidang perubatan mistik... Mahar yang diletakkan hanya RM10,000.. jauh dibandingkan dengan harga pasaran luar yang telah dikuasai orang tengah yang boleh mencecah jutaan ringgit.. Hanya pembeli yang serius sahaja akan dilayan..Harap maklum..

 Batu Geliga Serai yang diperolehi dari proses penarikan daripada pokok serai yang berbunga... Pengasas hanya mempunyai dua biji sahaja batu geliga ini dan berhajat ingin melepaskan salah satu daripada geliga ini. Khasiat geliga ini adalah untuk pemanis diri, pelaris dan pengasih..   Geliga ini ingin dilepaskan dengan mahar RM 250 sebiji termasuk pos..

Batu ini mempunyai urat- urat yang halus seperti sisik ular jika dilihat di atas cahaya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...