Seorang tukang cincin sedang memotong sebahagian daripada buluh bercabang dua
Bentuk asal buluh bercabang dua yang belum dipotong. Khasiatnya untuk kaki pancing supaya mendapat hasil tangkapan yang lumayan dan mempunyai tuah semasa memancing.
Buluh bercabang dua yang telah dipotong mengikut saiz dan sedia untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat. Terdapat dalam 3 saiz potongan dengan harga yang berbeza iaitu RM50 , RM 70 dan RM 90.
Duri
landak laut ini diperolehi daripada sejenis spesis haiwan yang tinggal
di dalam laut dalam dengan kedalaman 10,000 meter yang terdapat hanya di
lautan terbuka di pantai Sumatera. Hanya Puak Asli laut di kawasan
tersebut yang mampu mendapatkannya. Khasiat duri ini antaranya ialah
menjauhkan makhluk halus yang berasal dari laut kerana dikatakan landak
laut ini 10 tahun sekali timbul di permukaan air pada waktu-waktu
tertentu. Untuk tujuan perubatan ianya berkhasiat meneutralkan kandungan
racun dalam badan apabila di minum air rendamannya. Ianya juga
mengelakkan dan juga mengubati santau angin, air, darat dan juga ianya
boleh mengubati sakit gigi dengan meletakkan serbuk kikisan duri
tersebut di bahagian gigi yang berlubang. Ini adalah item terhad kepada
sesiapa yang berhajat untuk menebusnya.
Sekeping kain sejadah bunian yang diperolehi daripada alam sebelah.. Kain ini mengeluarkan bau wangi yang semerbak. Khasiatnya dikatakan boleh dijadikan sebagai pelaris dan pemanis diri
Kadar banding saiz kain dengan duit syiling 10 sen. Maharnya ialah RM 350 sekeping termasuk pos.
Sepasang bulu perindu jantan dan betina ingin dimaharkan kepada yang berminat. Khasiat bulu perindu ini adalah untuk tujuan pelaris dan pengasih. Bulu perindu ini boleh dimasukkan ke dalam minyak untuk kegunaan sendiri.
Mahar bagi sepasang bulu perindu adalah RM 60 termasuk pos.
Ini adalah peluru lama yang dijumpai di dasar sungai Melaka.. Ia dipercayai peluru yang digunakan pada kurun ke 15 iaitu semasa kedatangan Portugis ke Melaka.
Besi lama yang digunakan untuk membuat peluru ini dikatakan mempunyai khasiat kebal dan macam - macam lagi.. semuanya dengan izin Allah jua , wallahualam..
Hanya terdapat 3 biji sahaja dalam simpanan saya.. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya untuk mengetahui maharnya..
Terdapat dua biji permata gading gajah untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berhajat.. Stok adalah terhad , boleh sms saya untuk membuat tempahan atau terus menebusnya.
Kadar banding permata dengan duit syiling 10 sen
Maharnya ialah RM 250 setiap satu termasuk pos. Jika menebus kedua- duanya sekali ada cenderahati 'RARE' menanti.
Terdapat dua bentuk permata cincin tulang harimau mati beragan berbentuk segiempat yang ingin dimaharkan kepada sesiapa yang berminat. Stok terhad , jika berminat boleh menghubungi saya.
Maharnya ialah RM 300 setiap satu termasuk pos.. Cuma pilih bahagian kanan atau kiri untuk menebusnya. Jika menebus kedua- duanya sekali ada cenderahati 'rare' yang akan menanti..
Buih Besi ini diperolehi daripada seorang sahabat yang bekerja di kilang membuat parang. Buih besi ini dikatakan muncul semasa proses mencairkan besi. Buih besi itu muncul di permukaan cairan besi yang berbuih dan menjadi keras apabila sejuk , beliau juga mengatakan fenomena ini amat jarang berlaku dalam tempoh 30 tahun beliau bekerja sebagai tukang besi. Setelah bertanyakan kepada orang tua yang lebih arif , buih besi ini juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri.. Di Tanah Jawa suatu ketika dahulu ada tukang senjata yang menggunakan buih besi ini sebagai salah satu bahan untuk membuat senjata. Ia dikatakan mampu menjadikan pemilik senjata tersebut tidak dapat dilihat dengan mata kasar oleh musuh. Buih besi juga dikatakan boleh digunakan dalam perubatan mistik untuk mengelak gangguan makhluk halus , memagar kediaman dan rawatan histeria. Kadar banding ketulan buih besi dengan duit syiling 50 sen. Jika ada sesiapa yang berminat boleh menebusnya dengan mahar RM 300 seketul. Hanya ada 3 ketul sahaja , stok terhad dan sukar diperolehi.
Item - item yang diperolehi oleh pengasas daripada proses penarikan batu serai... Sebahagiannya telah diagih- agihkan dan yang selebihnya untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat..
Bunga serai yang ingin dimaharkan kepada sesiapa yang berhajat.. Bunga serai ini boleh dijadikan medium untuk pelarisan dan rezki..
Kadar banding saiz bunga serai dengan duit syiling 20 sen yang ingin dimaharkan
Pengasas juga telah membuat sendiri ramuan minyak pati bunga serai untuk tujuan pelarisan.. Boleh lihat di post yang akan datang untuk mengetahu maklumat lanjut..
Dua biji batu geliga yang didapati sekali dalam proses penarikan tersebut... Batu ini mempunyai corak sisik- sisik halus di dalam batu tersebut... Ingin dimaharkan kepada sesiapa yang berminat..
Corak sisik yang jelas kelihatan dalam batu tersebut
Kindahannya apabila disuluh dengan cahaya..
Batu ini juga mempunyai sisik- sisik halus tetapi mempunyai warna yang gelap sedikit..
Keindahannya apabila disuluh dengan cahaya..
Nak panggil batu serai tapi tak macam batu serai sebab bulat.. Panggil geliga serai sahaja.. Ada dua biji untuk dimaharkannya kepada sesiapa yang berminat..
Biasan cahaya apabila geliga serai disuluh dengan cahaya.. Terdapat imej seperti akar dalam geliga tersebut
Kadar banding saiz batu geliga serai dengan duit syiling 20 sen
Permata serai kembar.. saiz sederhana.. Terbuka untuk dimaharkan
Kadar banding permata serai kembar saiz sederhana dengan duit 10 sen..
9 biji permata serai bersaiz kecil untuk dimaharkan
Permata serai bersaiz kecil... dari kanan kuning gold , hijau lumut , pink , putih diamond dan yang dibelakang sekali adalah permata serai hitam yang mana amat jarang ditemui.. permata serai bersaiz kecil... dari kiri ungu cair,kuning cair, putih diamond dan kuning gold
7 permata serai bersaiz sederhana...
Terdapat 7 biji permata serai bersaiz sederhana yang ingin dimaharkan hasil daripada proses penarikan.. Lihat kadar banding permata serai sederhana dengan duit 20 sen ..
3 biji dari kiri.. merah menyala, pink dan biru awan..
4 biji dari kanan hijau lumut, kuning cair, biru laut , merah menyala..
3 Biji permata serai bersaiz besar.. yang dari kanan berwarna kuning emas , ungu dan pink..
3 biji batu serai bersaiz besar untuk dimaharkan.. Sesuai dibuat loket ataupun cincin kepada sesiapa yang berminat..
Kadar banding saiz dengan duit syiling 10 sen
Keris kecil berluk 5 untuk dimaharkan..
Kadar banding saiz dengan duit 20 sen
Ketiga - tiga keris ini untuk dimaharkan ... Sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya..Ada tiga bilah dua bentuk yang sama tapi saiznya berbeza
Kadar banding saiz keris dengan duit syiling 20 sen
Pedang kecil tembaga berkhalimah untuk dimaharkan..
Item yang diperolehi daripada proses penarikan batu serai.. tidak pasti apakah kegunaanya.. Bahannya diperbuat daripada tembaga dan terdapat wafaq pada bilah pedang kecil tersebut.. Ada dua jenis bentuk.. Sebilah macam pedang samurai dan sebilah lagi macam parang.. Sesiapa yang berminat boleh menebusnya secepat mungkin.. Item hanya terhad.
Cincin Tembaga Syiling Pasak Besi Kursani ( tempahan khas)
CINCIN BATU METEORIT GABUNGAN
CINCIN GADING GAJAH MINA
Cincin Besi Kursani
Cincin Tempahan Sahabat
PERMATA BESI KURSANI GRED A
Koleksi cincin dan batu permata
koleksi cincin teras kayu
Cincin tempahan khas
Pusat Rawatan Perubatan Tradisional / Alternatif
Kami merupakan Pusat Rawatan Perubatan Tradisional / Alternatif yang menyediakan pelbagai rawatan dan perkhidmatan untuk membantu mereka yang mempunyai masalah yang berkaitan .
Rawatan dan perkhidmatan yang kami sediakan :
Histeria Membuang Saka Terkena Buatan Orang Santau / Sihir Membuang bisa dalam badan Urutan Tradisional Penyakit Misteri Kronik Peninding Diri/ Pagar Diri Pelaris Mandi Garam/Bunga Kerasukan makhluk halus Pagar Rumah / Premis Masalah Rumah Tangga ( keserasian ) Memulang Balik Hak (Buatan Orang) Membuka hijab premis perniagaan
Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi En. Asyraf di talian : 019-7272455.
KAMI HANYA MENERIMA INDIVIDU YANG BENAR- BENAR SERIUS SAHAJA. JIKA MEMPUNYAI NIAT SEBALIKNYA TIDAK AKAN DILAYAN.