Blog ini menjual item yang berunsurkan koleksi peribadi, mistik, unik, eksotik dan sukar didapati di pasaran.

Koleksi item ini adalah terhad dan bernilai tinggi di pasaran pada masa akan datang. Jadi tidak rugi jika anda menebusnya.

Matlamat perkhidmatan kami adalah untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan mutunya terjamin.

Polisi pelanggan kami adalah :

“ Cepat, Tepat, Kualiti”

Prosedur Pembelian :-

Jika anda berminat dengan item yang dijual, sila hubungi kami untuk keterangan lanjut.

Jangan teragak-agak atau malu untuk menghubungi kami untuk keterangan lanjut.

Warning : Hanya yang berminat sahaja. Jika berniat untuk main-main, tidak akan dilayan...

Pastikan anda mendapat maklumat yang jelas kerana

“Good Sold Are Not Return”

Pembayaran boleh dibuat melalui online banking atau bank in ke akaun berikut :

MOHD ASYRAF BIN MOHD ZANI

Maybank : 164137461724

CIMB : 01320008908522

BSN : 0113729000155526

Setelah pembayaran dijelaskan, sila sms :
Jumlah Total, Masa Transaksi, Nama Pembeli, Alamat untuk Penghantaran

Kami akan menghantar item belian anda menggunakan Pos Laju dan barang akan sampai ke alamat selama 2-3 hari bekerja.

Jangan berlengah untuk hubungi saya, sms,call atau email - Asyraf di :

HP : 0197272455
Email :
asyraf6057@yahoo.com.my








Showing posts with label CINCIN GABUNGAN. Show all posts
Showing posts with label CINCIN GABUNGAN. Show all posts

Wednesday, June 6, 2012

CINCIN TERAS KAYU 23 GABUNGAN MAHAGURU

 Cincin teras kayu 23 gabungan mahaguru ini telah diikat dengan perak dan terbuka untuk dimaharkan atau tempahan yang lain mengikut saiz jari.

 Permatanya daripada gabungan 23 jenis kayu yang berkhasiat dan dipasak dengan gading gajah di bahagian tengahnya serta dipasak dengan besi puting parang patah.

 Khasiatnya boleh digunakan sebagai pendinding daripada santau/sihir/gangguan makhluk halus, pukulan berbisa, penawar racun dan bisa , ketahanan badan , penggerun , pelaris dan pengasih dan penunduk.

Maharnya RM 350 termasuk pos

Tuesday, November 9, 2010

CINCIN GABUNGAN TERAS KAYU PASAKAN HURUF ALIF

Cincin ini adalah cincin teras gabungan tempahan khas .. Teras kayu pilihan untuk dibuat gabungan ialah raja kayu putih , teras kilo dan teras berlian. Di bahagian tengah pula dipasak dengan Besi puting parang patah berbentuk huru Alif
Fadilat cincin teras gabungan ini ialah untuk ketahanan badan , pendinding , pukulan berbisa , pelaris dan penawar..
Terbuka untuk tempahan .. jika berminat sila berikan saiz jari dan pilih ikatan sama ada perak atau pun stainless steel..

CINCIN KRISTAL GABUNGAN

Cincin kristal gabungan ini terbuka untuk tempahan.. Antara kristal yang terpilih untuk dibuat gabungan ialah moldavite (tahi bintang hijau), tektite ( tahi bintang hitam ), dan rose quartz. Saiz jari dan bahan ikatan perlu dinyatakan sebelum membuat tempahan..


Quartz Rose dapat menciptakan rasa cinta secara semulajadi pada diri sendiri mahupun orang lain, dan meningkatkan penghargaan pada diri , memacu keterbukaan, empati dan kejujuran , bagus untuk hubungan cinta , melancarkan perjalanan darah, menguatkan jantung, meningkatkan kesuburan.
Moldavite pula mempunyai khasiat untuk mengimbangi chakra di kawasan dada kerana batu ini mempunyai getaran tenaga yang berwarna hijau.. Ia juga dapat memberikan pemakainya berada dalam keadaan tenang dan meningkatkan keyakinan diri..
Tektite mempunyai khasiat sebagai pembisa, meningkatkan keberanian diri dan ketahanan tubuh..

Sunday, October 3, 2010

CINCIN 11 GABUNGAN YANG DITEMPAH KHAS..


Cincin 11 gabungan ini ditempah khas oleh seorang peminat cincin gabungan.. hanya tunggu masa sahaja untuk diposkan..

Terdiri daripada 8 gabungan item yang dipasak dengan 3 jenis item terpilih.. untuk mengetahui jenis gabungan dan pasakan serta khasiatnya boleh melihatnya di post yang sebelum ini..


Buatan yang kemas dan kukuh .. lebih bergaya apabila diikat dengan bertatahkan perak bungkus..


Sunday, August 29, 2010

CINCIN TERAS RAJA KAYU PUTIH PASAK TERAS KILO

Buatannya halus... Pasakkan teras kilo telah ditanam secara rata pada raja kayu putih..

Hanya ada satu.. stok adalah terhad.. siapa cepat dia dapat

Cincin ini bersaiz 20 dan diikat dgn stainless steel... Khasiat cincin ini boleh dijadikan sebagai penawar dan pendinding ...



CINCIN PERMATA KAYU TERAS KILO DIPASAK BATU BAIDURI STAR

Cincin ini bersaiz 20 dan diikat dengan stainless steel




Cincin permata kayu teras kilo ini dipasak dengan batu baiduri star.. Pembuatannya adalah sukar dan ingin dimaharkan kepada sesiapa yang berminat...

Sunday, August 22, 2010

CINCIN PERMATA 11 GABUNGAN TEMPAHAN KHAS


Cincin permata 11 gabungan tempahan khas seorang peminat cincin teras jenis gabungan oleh salah seorang pelanggan .. Cincin ini telah siap dan menunggu masa untuk diposkan..
Cincin ini mempunyai banyak kelebihannya, ianya boleh dijadikan sebagai medium untuk penawar, pendinding, pembisa , penggerun dan juga pelaris... Kepada si pemakainya diingatkan supaya tidak terlalu ringan tangan... Kesannya nanti faham-fahamlah sendiri...


Cincin ini terdiri daripada gabungan 11 item yang terdiri daripada Batu Meteorite Hitam ( Tektite ),Tas Jantan,Tas Betina,Gading Gajah,Teras Kilo,Teras Berlian,Teras Panca Delima,Raja Kayu Putih.. Di bahagian tengahnya pula dipasak dengan Batu Petir,Besi Puting Parang Patah dan Besi Kursani..



Saturday, August 14, 2010

CINCIN GABUNGAN 7 JENIS TERAS KAYU

Buatannya yang halus dan kemas..

Cincin ini bersaiz 20++ dan diikat dengan stainless steel




Cincin permata teras kayu ini terdiri daripada gabungan 7 jenis teras kayu.. Kayu tersebut ialah teras kilo,tas jantan,tas betina,menang-menang,penunduk,kemuning Hitam, dan Raja Kayu Putih.. Cincin ini berkhasiat untuk dijadikan penunduk,pendinding dan penawar .Cincin ini adalah terhad dan ia untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat..

Friday, May 7, 2010

CINCIN PENUNDUK , PEMBISA , PENDINDING GABUNGAN 11 JENIS ITEM

Permata gabungan ini mempunyai 1001 khasiat kepada sesiapa yang tahu akan cara penggunaan dan khasiatnya. Terbuka untuk tempahan ikatan boleh pilih.. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya untuk mengetahui maharnya..
Permata ini digabungkan daripada beberapa jenis medium iaitu medium penunduk , pembisa , dan pendinding... Ia juga boleh dijadikan medium penggerun , wibawa , penawar jika betul cara penggunaannya.
Tiga pasakan tengah itu terdiri daripada batu petir , besi puting parang patah , dan batu meleleh..
11 item digunakan untuk mendapatkan permata gabungan yang benar- benar berkhasiat..

Bahan - bahan yang digunakan untuk menghasilkan permata cincin 11 gabungan ini ialah batu petir , batu meleleh , batu meteorit hitam , besi puting parang patah , gading gajah putih , raja kayu putih , tas jantan , tas betina , tas pontianak , kayu penunduk , teras kelor...

Wednesday, April 21, 2010

KOLEKSI CINCIN UNTUK DIMAHARKAN





Ini adalah di antara cincin yang ingin dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.. Tempahan juga terbuka untuk menempah cincin mengikut batu , besi atau kayu pilihan..

Monday, April 19, 2010

CINCIN BATU METEORIT GABUNGAN

Buatannya yang halus menaikkan lagi seri dan keindahan cincin ini
Citrine
Modalvite
Tektite
Tembus cahaya apabila disuluh dengan cahaya lampu


Cincin ini adalah cincin tempahan khas yang mana batu permatanya adalah daripada gabungan 2 jenis batu meteorit dan satu jenis batu kristal. Batu meteorit yang digunakan ialah batu meteorit hijau (Modalvite) dan batu meteorit hitam
(Tektite). Manakala batu kristal yang digunakan pula ialah Citrine. Khasiat batu gabungan ini ialah ia dapat mengimbangi cas - cas negatif dan positif di dalam badan serta ia dapat menaikkan keyakinan diri si pemakai.Khasiat yang lain akan dimaklumkan kepada pemilik cincin ini selepas ia dimaharkan. Cincin ini diikat dengan perak kelantan dan bersaiz 20.. Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan item eksotik ini boleh menghubungi saya..

Saturday, April 17, 2010

CINCIN GABUNGAN TERAS KAYU PENUNDUK




Cincin ini ialah daripada permata teras kayu gabungan yang telah dititipkan daripada jenis kayu Penunduk Kuning/Merah/Tas Pontianak/Tas Jantan/Tas Betina . Bahan lapik di bahagian bawah Permata adalah dari Jenis Raja Kayu Putih..Sebagaimana yang telah diketahui umum khasiat kayu dari jenis penunduk ini adalah untuk menundukkan orang yang bengis dan wibawa diri(disenangi orang ramai ).. Khasiatnya memang ummmphhh .Pakai dahulu baru tahu khasiatnya.. Ia diikat dengan perak dan bersaiz 19 , Sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya untuk mengetahui maharnya..

CINCIN PERMATA TEMPUR GABUNGAN



Cincin ini adalah gabungan daripada 5 jenis kayu pembisa dan diikat dengan perak kelantan yang bersaiz 19 ... Khasiat kayu ini ialah , pemakainya akan mempunyai pukulan yang berbisa.. Tetapi saya ingin mengingatkan di sini bahawa cincin ini tidak boleh digunakan sebarangan takut memberi mudarat kepada sesiapa yang terkena pukulan.. Gunakanlah ia semasa kecemasan iaitu bertujuan untuk mempertahankan diri.. InsyaAllah , Kita hanya berusaha Allah juga yang menentukan..

Friday, February 19, 2010

CINCIN KAYU 5 LAPIS PASAK BESI KUNING



SEJARAH CINCIN KAYU LAPIS

Cincin kayu lapis ini mengikut kepercayaan peminat cincin mempunyai khasiat kegunaan tertentu. Harganya tinggi kerana kayu yang digunakan cukup mistik dan berkhasiat mengikut kepandaian si pemilik..antara kayu yang digunakan dan khasiatnya ialah:

1.Raja Kayu Putih-Digunakan untuk membuang bisa dan menahan bisa

2.Kayu Ibo Tunggal - Pukulan yang berbisa

3.Kayu Gemuggal coklat - Untuk pemagar diri dari kuasa pukau

4.Kayu Larak Salah- Pemampan daripada santau dan dengkian manusia

5.Buloh Tumpat- Mengelak merbahaya, kebal darurat jika sesuai


DIPASAK BESI KUNING - BERTUJUAN MENYATUKAN KESEMUA KHASIAT 5 KAYU LAPIS..

Cincin yang telah siap ini untuk ditebus kepada sesiapa yang berhajat. Saiznya ialah 20 dan ikatannya Stainless Steel.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...