Blog ini menjual item yang berunsurkan koleksi peribadi, mistik, unik, eksotik dan sukar didapati di pasaran.

Koleksi item ini adalah terhad dan bernilai tinggi di pasaran pada masa akan datang. Jadi tidak rugi jika anda menebusnya.

Matlamat perkhidmatan kami adalah untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan mutunya terjamin.

Polisi pelanggan kami adalah :

“ Cepat, Tepat, Kualiti”

Prosedur Pembelian :-

Jika anda berminat dengan item yang dijual, sila hubungi kami untuk keterangan lanjut.

Jangan teragak-agak atau malu untuk menghubungi kami untuk keterangan lanjut.

Warning : Hanya yang berminat sahaja. Jika berniat untuk main-main, tidak akan dilayan...

Pastikan anda mendapat maklumat yang jelas kerana

“Good Sold Are Not Return”

Pembayaran boleh dibuat melalui online banking atau bank in ke akaun berikut :

MOHD ASYRAF BIN MOHD ZANI

Maybank : 164137461724

CIMB : 01320008908522

BSN : 0113729000155526

Setelah pembayaran dijelaskan, sila sms :
Jumlah Total, Masa Transaksi, Nama Pembeli, Alamat untuk Penghantaran

Kami akan menghantar item belian anda menggunakan Pos Laju dan barang akan sampai ke alamat selama 2-3 hari bekerja.

Jangan berlengah untuk hubungi saya, sms,call atau email - Asyraf di :

HP : 0197272455
Email :
asyraf6057@yahoo.com.my








Showing posts with label PELARIS. Show all posts
Showing posts with label PELARIS. Show all posts

Tuesday, April 3, 2012

IBU DUIT RM 100


 Duit kertas RM100 yang bernombor semua ganjil ini adalah medium terbaik untuk diproses menjadi ibu duit. Stok terhad hanya ada sekeping sahaja, siapa cepat dia dapat.

Duit kertas RM100 yang telah diproses menjadi ibu duit. Antara medium lain yang digunakan ialah buluh perindu, daun buluh perindu, bulu perindu, benang kelambu kaabah dan bunga serai.. Jika berminat boleh menebusnya dengan mahar RM300 termasuk pos.

Tuesday, January 31, 2012

MINYAK RAJA PELARIS BULU BURUNG CENDERAWASIH

 Minyak pati attar ini diadun dengan beberapa medium pelaris yang ampuh , iaitu bulu burung cenderawasih , kulit kijang putih, bunga serai dan benang kain kelambu kaabah. Ianya telah dibuat pengisian dengan ayat - ayat Al- Quran terpilih untuk tujuan membuka pintu rezki yang sempit.


manakala jika yang memakainya bukan peniaga maka pekerjaan menjadi lebih mudah iaitu majikan akan lebih menghargai kerja kita,diri lebih disukai orang di sekeliling,manakala bagi ketua atau majikan pula mereka akan lebih dihormati dan mampu mengawal orang bawahannya, jika suami isteri atau pasangan kekasih lebih harmoni dalam hubungannya InsyaAllah.
 
Minyak ini boleh didapati dalam isian 3 ml.. Maharnya adalah RM330 termasuk penghantaran

Monday, October 3, 2011

Sunday, December 5, 2010

KEY CHAIN IBU DUIT DAN PELARIS

Key Chain replika duit ini telah dibuat pengisian untuk tujuan ibu duit dan pelarisan.. Antara medium yang diletakkan di dalam key chain ini ialah Daun Buluh Perindu dan 3 helai kain kelambu Kaabah..

Mahar untuk item ini ialah RM 77
Kadar banding saiz key chain dengan duit 50 sen

Saturday, November 13, 2010

SANGGUL BERTAP BUNIAN

Sanggul bertap bunian yang diperolehi daripada seorang sahabat yang ingin memaharkannya.
Ingin memaharkannya sebanyak 7 helai sahaja kepada sesiapa yang berhajat.. Mahar bagi sehelai sanggul bertap bunian ialah RM 50
Warna bertap bunian ini ialah kuning keemasan
Khasiat umum bertap bunian ini ialah :
*Pendinding diri /rumah
*Pengasih
*Pelaris perniagaan
*Kebal darurat

BULU BURUNG CENDERAWASIH

Gambar asal burung Cenderawasih yang memiliki 1001 khasiat
Sehelai Bulu Burung Cenderawasih yang ingin dimaharkan pada harga RM 360
Bulu ini mempunyai wangiannya yang tersendiri.. Ia akan mengeluarkan bau yang wangi ..

Sahibul hikayat telah diriwayatkan dalam Kitab Tajul Muluk, mengisahkan seekor burung yang bergelar burung cenderawasih. Adapun asal usulnya bermula dari kayangan. Menurut kebanyakan orang lama yang arif mengatakan ianya berasal dari syurga dan selalu berdamping dengan para wali. Memiliki kepala seperti kuning keemasan. Dengan empat sayap yang tiada taranya. Akan kelihatan sangat jelas sekiranya bersayap penuh adanya. Sesuatu yang sangat nyata perbezaannya adalah dua antena atau ekor ‘areil‘ yang panjang di ekor belakang. Barangsiapa yang melihatnya pastilah terpegun dan takjub akan keindahan dan kepelikan burung cenderawasih.Amatlah jarang sekali orang memiliki burung cenderawasih. Ini kerana burung ini bukanlah berasal dari bumi ini. Umum mengetahui bahawa burung Cenderawasih ini hanya dimiliki oleh kaum kerabat istana saja. Hatta mengikut sejarah, kebanyakan kerabat-kerabat istana Melayu mempunyai burung cenderawasih. Majoriti para peniaga yang ditemui mengatakan ia membawa tuah yang hebat.


Syahdan dinyatakan lagi dalam beberapa kitab Melayu lama, sekiranya burung cenderawasih turun ke bumi nescaya akan berakhirlah hayatnya. Dalam kata lain burung cenderawasih akan mati sekiranya menjejak kaki ke bumi. Namun yang pelik lagi ajaibnya, burung cenderawasih ini tidak lenyap seperti bangkai binatang yang lain. Ini kerana ia dikatakan hanya makan embun syurga sebagai makanannya. Malahan ia mengeluarkan bau atau wangian yang sukar untuk diperkatakan. Burung cenderawasih mati dalam pelbagai keadaan. Ada yang mati dalam keadaan terbang, ada yang mati dalam keadaan istirahat dan ada yang mati dalam keadaan tidur.Walau bagaimanapun, Melayu Antique telah menjalankan kajian secara rapi untuk menerima hakikat sebenar mengenai BURUNG CENDERAWASIH ini. Mengikut kajian ilmu pengetahuan yang dijalankan, burung ini lebih terkenal di kalangan penduduk nusantara dengan panggilan Burung Cenderawasih. Bagi kalangan masyarakat China pula, burung ini dipanggil sebagai Burung Phoenix yang banyak dikaitkan dengan kalangan kerabat istana Maharaja China. Bagi kalangan penduduk Eropah, burung ini lebih terkenal dengan panggilan ‘Bird of Paradise‘.
Secara faktanya, asal usul burung ini gagal ditemui atau didapathingga sekarang. Tiada bukti yang menunjukkan ianya berasal dari alam nyata ini. Namun satu lagi fakta yang perlu diterima, burung cenderawasih turun ke bumi hanya di IRIAN JAYA (Papua sekarang), Indonesia saja. Tetapi yang pelik namun satu kebenaran burung ini hanya turun seekor saja dalam waktu tujuh tahun. Dan ia turun untuk mati. Sesiapa yang menjumpainya adalah satu tuah. Oleh itu, kebanyakan burung cenderawasih yang anda saksikan mungkin berumur lebih dari 10 tahun, 100 tahun atau sebagainya. Kebanyakkannya sudah beberapa generasi yang mewarisi burung ini.

Telah dinyatakan dalam kitab Tajul Muluk bahawa burung cenderawasih mempunyai pelbagai kelebihan. Seluruh badannya daripada dalam isi perut sehinggalah bulunya mempunyai khasiat yang misteri. Kebanyakannya digunakan untuk perubatan. Namun ramai yang memburunya kerana ‘tuahnya’. Burung cenderawasih digunakan sebagai ‘pelaris’. Baik untuk pelaris diri atau perniagaan. Sekiranya seseorang memiliki bulu burung cenderawasih sahaja pun sudah cukup untuk dijadikan sebagai pelaris. Mengikut ramai orang yang ditemui memakainya sebagai pelaris menyatakan, bulu burung cenderawasih ini merupakan pelaris yang paling besar. Hanya orang yang memilikinya yang tahu akan kelebihannya ini. Namun yang pasti burung cenderawasih bukannya calang-calang burung. Penuh dengan keunikan, misteri, ajaib, tuah.

SEJADAH BUNIAN

Cebisan sejadah bunian yang diperolehi daripada alam ghaib.. Maharnya adalah RM 300
Kadar banding saiz sejadah bunian dengan duit syiling 10 sen

Khasiat umum sejadah bunian :
*Pelaris diri - ( rezki datang tanpa diduga )
*Meningkatkan daya penarik diri kepada orang yang menyimpannya
*Dipermudahkan segala urusan
*Medium pelarisan kedai - diletakkan di dalam premis perniagaan.

POTONGAN KAIN KELAMBU KAABAH

Kain kelambu kaabah ini ingin dimaharkan dengan harga rm333

Kadar banding saiz kain kelambu kaabah dengan duit syiling 10 sen

Antara keberkatan dan khasiat menyimpan kain kelambu kaabah ini ialah :
* Dipermudahkan segala urusan
* Pendinding daripada gangguan makhluk halus
* Pendinding diri daripada dengkian manusia.
* Murah rezki jika rajin berusaha
* Pelaris perniagaan bagi orang yang berniaga
* Kekebalan darurat jika diizinkan Allah.

Friday, October 8, 2010

MINYAK PATI RAJA PELARIS BUNGA SERAI + KELAMBU KAABAH

Minyak pati raja pelaris bunga serai ini sesuai untuk mereka yang berniaga dan ramuannya dibuat sendiri oleh pengasas.. Ramuannya adalah campuran daripada beberapa jenis minyak pati attar.. Pakai tanpa was- was boleh dibawa bersolat kerana tiada unsur alkohol.. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya..
Di dalam botol ini terdapat beberapa helai benang kelambu kaabah dan bunga serai yang diambil semasa proses penarikkan pokok serai..
Bahan- bahan yang digunakan untuk menjadi ramuan asas minyak pati tersebut..
Minyak ini boleh didapati dalam botol 2ml.. Untuk mengetahui maharnya boleh menghubungi pengasas.. Stok adalah terhad..

Sunday, April 25, 2010

IBU DUIT

Ibu duit yang mempunyai nombor siri yang bermula dengan nombor 1 dan berakhir dengan 9


Ibu duit yang didatangkan dalam satu mahar iaitu daripada duit yang bernombor ganjil yang sama di bahagian awal dan akhir nombor siri, duit syiling tembaga $1, bulu perindu dan daun raja buluh perindu yang telah disapukan dengan minyak pati raja pengasih dan pelaris.






Medium Ibu Duit yang didatangkan dalam satu mahar.. 4 dalam 1 iaitu terdiri daripada syiling tembaga emas $1 , duit kertas no siri ganjil yang sama contoh xx 9xxxxx9 , bulu perindu dan daun raja buluh perindu yang telah disapukan dengan minyak pati raja pengasih dan pelaris... Ia boleh diletakkan di dalam beg duit atau poket dan tiada pantang larang..Kepada sesiapa yang berminat boleh hubungi saya untuk menebusnya...

Friday, April 16, 2010

KAIN KELAMBU KAABAH



Kain Kelambu Kaabah ini sangat sukar didapati dan ianya terhad ... kepada sesiapa yang berhajat untuk menebusnya boleh hubungi saya secepat mungkin..

Monday, February 22, 2010

Ibu Duit

Medium Ibu Duit yang didatangkan dalam satu mahar.. 4 dalam 1 iaitu terdiri daripada syiling tembaga emas , duit kertas no siri ganjil yang sama contoh xx 9xxxxx9 , batu akik merah dan kain cindai.. Ia boleh diletakkan di dalam beg duit atau poket dan tiada pantang larang..Kepada sesiapa yang berminat boleh hubungi saya untuk menebusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...