Blog ini menjual item yang berunsurkan koleksi peribadi, mistik, unik, eksotik dan sukar didapati di pasaran.

Koleksi item ini adalah terhad dan bernilai tinggi di pasaran pada masa akan datang. Jadi tidak rugi jika anda menebusnya.

Matlamat perkhidmatan kami adalah untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan mutunya terjamin.

Polisi pelanggan kami adalah :

“ Cepat, Tepat, Kualiti”

Prosedur Pembelian :-

Jika anda berminat dengan item yang dijual, sila hubungi kami untuk keterangan lanjut.

Jangan teragak-agak atau malu untuk menghubungi kami untuk keterangan lanjut.

Warning : Hanya yang berminat sahaja. Jika berniat untuk main-main, tidak akan dilayan...

Pastikan anda mendapat maklumat yang jelas kerana

“Good Sold Are Not Return”

Pembayaran boleh dibuat melalui online banking atau bank in ke akaun berikut :

MOHD ASYRAF BIN MOHD ZANI

Maybank : 164137461724

CIMB : 01320008908522

BSN : 0113729000155526

Setelah pembayaran dijelaskan, sila sms :
Jumlah Total, Masa Transaksi, Nama Pembeli, Alamat untuk Penghantaran

Kami akan menghantar item belian anda menggunakan Pos Laju dan barang akan sampai ke alamat selama 2-3 hari bekerja.

Jangan berlengah untuk hubungi saya, sms,call atau email - Asyraf di :

HP : 0197272455
Email :
asyraf6057@yahoo.com.my








Showing posts with label PERMATA TERAS KAYU. Show all posts
Showing posts with label PERMATA TERAS KAYU. Show all posts

Sunday, April 29, 2012

PERMATA TERAS GABUNGAN MAHAGURU 23


 Terdapat dua biji permata teras gabungan 23 jenis bahan yang telah siap untuk dimaharkan. Stok adalah terhad siapa cepat dia dapat. Pattern terbaru dan belum ada lagi di pasaran. Dipasak dengan gading gajah dan besi - besi terpilih.

 Di antara teras - teras kayu yang digunakan untuk permata ini ialah Ibol, bujang galak, nibung tunggal, sulur bertan, tas jantan, raja kayu putih, menang, senduduk putih, penawar hitam, kemuning kuning, belang harimau, rotan songsang, asam jawa, keluat, berlian, larak salah, tempurung buta, teras kilo, kemuning hitam, buluh tumpat, penunduk, inai dan gading gajah.

 Khasiat permata gabungan ini lebih kepada pembisa, penawar, pendinding daripada sihir/gangguan makhluk halus, ketahanan badan, keharmonian rumah tangga, penunduk, pelimun, meningkatkan semangat diri, dan penggerun.


 Maharnya ialah RM250 termasuk pos dan percuma sebotol minyak attar 3ml khas untuk penjagaan permata teras kayu.


PERMATA TERAS GABUNGAN MAHAGURU 13

 Terdapat dua biji permata teras gabungan 13 bahan yang telah siap untuk dimaharkan. Stok adalah terhad siapa cepat dia dapat. Pattern terbaru dan belum ada lagi di pasaran. Dipasak dengan gading gajah dan besi - besi terpilih.

Di antara teras - teras kayu yang digunakan untuk permata ini ialah Ibol, bujang galak, nibung tunggal, raja kayu putih, menang, senduduk putih, teras kilo, kemuning hitam, buluh tumpat, tas, penunduk, inai dan gading gajah.

 Khasiat permata gabungan ini lebih kepada pembisa, penawar, pendinding daripada sihir/gangguan makhluk halus, ketahanan badan, keharmonian rumah tangga, penunduk dan penggerun.


Maharnya ialah RM220 termasuk pos dan percuma sebotol minyak attar 3ml khas untuk penjagaan permata teras kayu.

PERMATA TERAS GABUNGAN PAHLAWAN

 Terdapat dua biji permata teras gabungan yang telah siap untuk dimaharkan. Stok adalah terhad siapa cepat dia dapat.

 Di antara teras - teras kayu yang digunakan untuk permata ini ialah Ibol, bujang galak, nibung tunggal, raja kayu putih, menang, senduduk putih, teras kilo, kemuning hitam, buluh tumpat, tas, penunduk, inai dan gading gajah.


 Khasiat permata gabungan ini lebih kepada pembisa, penawar, pendinding daripada sihir/gangguan makhluk halus, ketahanan badan, keharmonian rumah tangga, penunduk dan penggerun.

Maharnya RM 150 bagi yang ada pasakan gading gajah pada bahagian permata dan RM 100 bagi  gabungan teras kayu sahaja tanpa pasakan gading gajah.

Tuesday, April 13, 2010

TERAS KAYU PENAWAR HITAM


Teras Kayu Penawar Hitam ini dikatakan begitu ampuh dalam Pengubatan Alami dan Mistik..Keampuhannya juga dikatakan lebih baik dari Teras Jenis Kemuning Hitam..Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya..

PERMATA GABUNGAN BERBISA ( PERMATA TEMPUR)



Permata Tempur ini adalah dari gabungan jenis Nibung Tunggal. Terdapat 5 jenis kayu nibung yang dititipkan padanya iaitu: Nibung Tunggal Coklat Panah Petir/Kalak Kundang/Nibung Tunggal Raja Kuning/Ibor/Sulur Bertam. Nasihat saya ialah agar jangan ringan tangan kerana gabungan permata ini adalah dari jenis pembisa maka gunakanlah semasa dalam keadaan darurat sahaja ...Sila Hubungi saya jika berminat...

TERAS GABUNGAN


Permata teras kayu gabungan ini dititipkan daripada jenis kayu Penunduk Kuning/Merah/Tas Pontianak/Tas Jantan/Tas Betina . Bahan lapik di bahagian bawah Permata adalah dari Jenis Raja Kayu Putih. Khasiatnya memang ummmphhh.. Pakai dahulu baru tahu khasiatnya.. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya untuk mengetahui maharnya..

TERAS KAYU LARAK SALAH HITAM , LARAK SALAH MERAH DAN LARAK SALAH KUNING

Teras Larak Salah Kuning
Teras Larak Salah Merah
Teras Larak Salah Hitam
Ketiga - tiga teras kayu jenis larak salah ini adalah untuk dimaharkan.. Dari kiri ialah larak salah hitam , larak salah merah dan larak salah kuning .Stok adalah terhad sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya untuk mengetahui maharnya...

Tuesday, March 30, 2010

TERAS PERMATA CAMPURAN



Yang bentuknya lonjong itu ialah permata 13 jenis teras kayu dan yang bulat itu ialah gabungan 2 jenis teras kayu, iaitu teras kemuning hitam dan penunduk. Kedua - duanya adalah untuk dimaharkan.. murah sahaja.. Harga mampu milik.

Friday, February 19, 2010

PERMATA TERAS LARAK SALAH HITAM



Larak Salah amat terkenal dengan Khasiatnya yang diperkatakan memiliki Aura Pelimun/Kebal (Pembias) dan Pelembut hati. tetapi Orang-orang lama mengunakannya untuk memagarkan kawasan rumah dan pembalik sihir, Menurut Petua orang lama, Kayu Larak yang memiliki Tabie salah digunakan untuk pemakaian Diri dan ianya disorok dari penglihatan umum. Ada juga yang diperbuatkan sebagai Permata Cincin dan juga Tasbih. Nilai bagi Kayu Larak juga adalah Mahal disebabkan untuk mendapatkan Kayu Larak yang memiliki Tabie Salah adalah payah... Kepada sesiapa yang berminat untuk menebusnya boleh menghubungi saya..

TERAS RAJA KAYU PUTIH



Raja Kayu Putih ini mempunyai pelbagai khasiat. Kayu ini sukar didapati ia hanya tumbuh di kawasan pergunungan seperti Gunung Ledang di Johor. Ia dikatakan mempunyai kelebihan mistik di mana ia dikatakan boleh menjadi PENAWAR , PENDINDING dan PENUNDUK. Di samping boleh digunakan untuk mengubati luka-luka luaran, sakit kulit, gout, sengal dan melancarkan perjalanan darah. Teras ini sedia untuk dimaharkan kepada sesiapa yang memerlukan.. Sila rujuk pautan ini untuk mengetahui maklumat lanjut tentang khasiat Raja Kayu Putih ini...

PERMATA TERAS GEMUNGGAL GRED A++


Permata Teras Gemunggal ini adalah yang berkualiti tinggi kerana ketumpatannya tinggi dan akan tenggelam apabila dimasukkan di dalam air.. Sedia untuk dimaharkan.. Untuk mengetahui maharnya sila hubungi saya..

PERMATA TERAS KUNING PENAWAR LIMA



Bentuk urat kayu Permata Penawar Lima yang telah dititipkan seakan akan bentuk cap jari manusia , itulah kebesaran Allah. Khasiat Penawar Lima ini ialah menjadi penawar kepada Lima Penyakit dalam Badan....Setakat sakit kepala InsyaAllah, Mujarab...Tetapi jika memakainya dalam Bentuk Permata, ianya adalah Penawar kepada Bisa-bisa..Jika diminum air rendamannya insyaAllah boleh dijadikan penawar untuk deman ..Wallahu...

PERMATA BERJALUR TERAS DAN KAYU KEMUNING HITAM




Ini ialah permata berjalur teras dan kayu Kemuning Hitam. Biasanya Teras Kemuning Hitam Dititipkan dari Bahagian Terasnya sahaja..Tetapi permata ini dititipkan dari bahagian yang berhampiran dengan Terasnya....yang berwarna hitam adalah dari bahagian Teras manakala bahagian coklat adalah bahagian Kayu...Permata ini rare kerana sukar untuk memilih sudut yang tepat untuk mencanai teras ini . Hanya tukang canai yang berkemahiran tinggi sahaja boleh menghasilkan permata kayu yang indah seperti ini.

PERMATA AKAR SULUR BERTAM




Permata dari Akar Sulur Bertam ini terbuka untuk Tempahan.. Corak dari bahagian akar ini tentunya sangat unik dan khasiatnya lebih umphh. Cuba kita renungkan apakah jadi jika pokok tiada akar maka pokok itu akan mati. Tiada pokok yang boleh hidup tanpa akar tapi ada pokok yang boleh hidup tanpa daun... Fikirkanlah...kebiasaannya sulur Bertam dititip dari bahagian Sulurnya..ini pula adalah dari bahagian Akar...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...