Blog ini menjual item yang berunsurkan koleksi peribadi, mistik, unik, eksotik dan sukar didapati di pasaran.

Koleksi item ini adalah terhad dan bernilai tinggi di pasaran pada masa akan datang. Jadi tidak rugi jika anda menebusnya.

Matlamat perkhidmatan kami adalah untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan mutunya terjamin.

Polisi pelanggan kami adalah :

“ Cepat, Tepat, Kualiti”

Prosedur Pembelian :-

Jika anda berminat dengan item yang dijual, sila hubungi kami untuk keterangan lanjut.

Jangan teragak-agak atau malu untuk menghubungi kami untuk keterangan lanjut.

Warning : Hanya yang berminat sahaja. Jika berniat untuk main-main, tidak akan dilayan...

Pastikan anda mendapat maklumat yang jelas kerana

“Good Sold Are Not Return”

Pembayaran boleh dibuat melalui online banking atau bank in ke akaun berikut :

MOHD ASYRAF BIN MOHD ZANI

Maybank : 164137461724

CIMB : 01320008908522

BSN : 0113729000155526

Setelah pembayaran dijelaskan, sila sms :
Jumlah Total, Masa Transaksi, Nama Pembeli, Alamat untuk Penghantaran

Kami akan menghantar item belian anda menggunakan Pos Laju dan barang akan sampai ke alamat selama 2-3 hari bekerja.

Jangan berlengah untuk hubungi saya, sms,call atau email - Asyraf di :

HP : 0197272455
Email :
asyraf6057@yahoo.com.my








Thursday, October 7, 2010

ITEM DARIPADA POKOK SERAI BUNGA

Item - item yang diperolehi oleh pengasas daripada proses penarikan batu serai... Sebahagiannya telah diagih- agihkan dan yang selebihnya untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat..

Bunga serai yang ingin dimaharkan kepada sesiapa yang berhajat.. Bunga serai ini boleh dijadikan medium untuk pelarisan dan rezki..
Kadar banding saiz bunga serai dengan duit syiling 20 sen yang ingin dimaharkan
Pengasas juga telah membuat sendiri ramuan minyak pati bunga serai untuk tujuan pelarisan.. Boleh lihat di post yang akan datang untuk mengetahu maklumat lanjut..
Dua biji batu geliga yang didapati sekali dalam proses penarikan tersebut... Batu ini mempunyai corak sisik- sisik halus di dalam batu tersebut... Ingin dimaharkan kepada sesiapa yang berminat..
Corak sisik yang jelas kelihatan dalam batu tersebut
Kindahannya apabila disuluh dengan cahaya..
Batu ini juga mempunyai sisik- sisik halus tetapi mempunyai warna yang gelap sedikit..
Keindahannya apabila disuluh dengan cahaya..
Nak panggil batu serai tapi tak macam batu serai sebab bulat.. Panggil geliga serai sahaja.. Ada dua biji untuk dimaharkannya kepada sesiapa yang berminat..


Biasan cahaya apabila geliga serai disuluh dengan cahaya.. Terdapat imej seperti akar dalam geliga tersebut


Kadar banding saiz batu geliga serai dengan duit syiling 20 sen
Permata serai kembar.. saiz sederhana.. Terbuka untuk dimaharkan

Kadar banding permata serai kembar saiz sederhana dengan duit 10 sen..
9 biji permata serai bersaiz kecil untuk dimaharkan
Permata serai bersaiz kecil... dari kanan kuning gold , hijau lumut , pink , putih diamond dan yang dibelakang sekali adalah permata serai hitam yang mana amat jarang ditemui..
permata serai bersaiz kecil... dari kiri ungu cair,kuning cair, putih diamond dan kuning gold
7 permata serai bersaiz sederhana...
Terdapat 7 biji permata serai bersaiz sederhana yang ingin dimaharkan hasil daripada proses penarikan.. Lihat kadar banding permata serai sederhana dengan duit 20 sen ..
3 biji dari kiri.. merah menyala, pink dan biru awan..
4 biji dari kanan hijau lumut, kuning cair, biru laut , merah menyala..
3 Biji permata serai bersaiz besar.. yang dari kanan berwarna kuning emas , ungu dan pink..
3 biji batu serai bersaiz besar untuk dimaharkan.. Sesuai dibuat loket ataupun cincin kepada sesiapa yang berminat..
Kadar banding saiz dengan duit syiling 10 sen
Keris kecil berluk 5 untuk dimaharkan..
Kadar banding saiz dengan duit 20 sen
Ketiga - tiga keris ini untuk dimaharkan ... Sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya.. Ada tiga bilah dua bentuk yang sama tapi saiznya berbeza
Kadar banding saiz keris dengan duit syiling 20 sen
Pedang kecil tembaga berkhalimah untuk dimaharkan..
Item yang diperolehi daripada proses penarikan batu serai.. tidak pasti apakah kegunaanya.. Bahannya diperbuat daripada tembaga dan terdapat wafaq pada bilah pedang kecil tersebut.. Ada dua jenis bentuk.. Sebilah macam pedang samurai dan sebilah lagi macam parang.. Sesiapa yang berminat boleh menebusnya secepat mungkin.. Item hanya terhad.



Sunday, October 3, 2010

CINCIN BATU FIRUZ PUITH

Cincin ini untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.. Stok ada 1 sahaja.. siapa cepat dia dapat..
Cincin Batu Firuz Putih ini amat jarang ditemui.. Batu firuz kebiasaanya berwarna biru hijau.. Cincin ini bersaiz 19++ dan diikat dengan perak tapak kuku diikat dengan suasa..

Permata Firuz Putih dalam bentuk asal yang belum dicanai..


TEMPAHAN ITEM DARI NEGARA SINGA

Tempahan daripada sahabat yang berada di negara singapura.. Beli 3 item dapat 5 item.. Memang berbaloi-baloi.. Item ini telah sedia untuk diposkan..
Item yang ditempah itu ialah tasbih teras kemuning hitam, cincin besi kursani ikat syiling tembaga, cincin 5 jenis gabungan ikat stainless steel dan item lain itu ialah batu permata serai dan potongan kayu tas..

CINCIN 11 GABUNGAN YANG DITEMPAH KHAS..


Cincin 11 gabungan ini ditempah khas oleh seorang peminat cincin gabungan.. hanya tunggu masa sahaja untuk diposkan..

Terdiri daripada 8 gabungan item yang dipasak dengan 3 jenis item terpilih.. untuk mengetahui jenis gabungan dan pasakan serta khasiatnya boleh melihatnya di post yang sebelum ini..


Buatan yang kemas dan kukuh .. lebih bergaya apabila diikat dengan bertatahkan perak bungkus..


GELIGA LIPAN YANG TELAH DITEBUS

Geliga ini telah ditebus oleh seorang sahabat.. Beli geliga pun dapat cenderahati..

Geliga yang dijaga rapi di dalam botol.. sudah sampai masa untuk ditebus..


Biasan cahaya pada permukaan geliga..



KERIS PUSAKA











Keris ini hanya untuk tatapan pengujung blog sahaja.. bukan untuk dimaharkan..

Saturday, September 18, 2010

BUNGA SERAI

Untuk makluman semua ini adalah pokok serai yang mengeluarkan bunga.. Pokok serai adalah tumbuhan yang amat sukar untuk mengeluarkan bunga dan pokok serai yang mengeluarkan bunga adalah amat sukar untuk ditemui.. Jika ditemui pokok serai yang berbunga untuk mengambil batu- batu yang terdapat di bahagian bawah perdu pokok serai tersebut memerlukan kaedah- kaedah dan cara- cara yang tertentu dan hanya orang -orang yang arif sahaja yang berjaya mendapatkan batu serai tersebut.. Selain itu, bunga serai yang telah kembang juga dicari oleh sesetengah orang untuk dijadikan sebagai medium pelarisan dan boleh juga dibuat minyak untuk tujuan tertentu..


Pengasas blog secara tidak sengaja menjumpai pokok serai yang berbunga ini sewaktu beraya di rumah pakcik di Johor.. Upacara untuk menaikkan batu serai sedang dirancang.. Batu yang berjaya dinaikkan akan dipaparkan di dalam blog dalam masa yangg terdekat.. Sesiapa yang berhajat diharap bersabar.. Bunga serai juga ingin dimaharkan.. Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya..

Sunday, August 29, 2010

CINCIN TERAS RAJA KAYU PUTIH PASAK TERAS KILO

Buatannya halus... Pasakkan teras kilo telah ditanam secara rata pada raja kayu putih..

Hanya ada satu.. stok adalah terhad.. siapa cepat dia dapat

Cincin ini bersaiz 20 dan diikat dgn stainless steel... Khasiat cincin ini boleh dijadikan sebagai penawar dan pendinding ...



CINCIN PERMATA KAYU TERAS KILO DIPASAK BATU BAIDURI STAR

Cincin ini bersaiz 20 dan diikat dengan stainless steel




Cincin permata kayu teras kilo ini dipasak dengan batu baiduri star.. Pembuatannya adalah sukar dan ingin dimaharkan kepada sesiapa yang berminat...

Sunday, August 22, 2010

CINCIN PERMATA 11 GABUNGAN TEMPAHAN KHAS


Cincin permata 11 gabungan tempahan khas seorang peminat cincin teras jenis gabungan oleh salah seorang pelanggan .. Cincin ini telah siap dan menunggu masa untuk diposkan..
Cincin ini mempunyai banyak kelebihannya, ianya boleh dijadikan sebagai medium untuk penawar, pendinding, pembisa , penggerun dan juga pelaris... Kepada si pemakainya diingatkan supaya tidak terlalu ringan tangan... Kesannya nanti faham-fahamlah sendiri...


Cincin ini terdiri daripada gabungan 11 item yang terdiri daripada Batu Meteorite Hitam ( Tektite ),Tas Jantan,Tas Betina,Gading Gajah,Teras Kilo,Teras Berlian,Teras Panca Delima,Raja Kayu Putih.. Di bahagian tengahnya pula dipasak dengan Batu Petir,Besi Puting Parang Patah dan Besi Kursani..



CINCIN PERMATA TERAS BULUH TUMPAT







Cincin teras buluh tumpat ini terbuka untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berhajat.. Diikat dengan stainless steel dan bersaiz 21...

CINCIN PERMATA TERAS KAYU MENANG MENANG

SOLD OUT






Cincin teras ini untuk dimaharkan.. Diikat dengan stainless steel dan bersaiz 20... Fadilatnya sesuai dipakai oleh orang yang berniaga untuk menjadi asbab pelarisan..Item ini adalah terhad siapa cepat dia dapat..

Saturday, August 14, 2010

CINCIN GABUNGAN 7 JENIS TERAS KAYU

Buatannya yang halus dan kemas..

Cincin ini bersaiz 20++ dan diikat dengan stainless steel




Cincin permata teras kayu ini terdiri daripada gabungan 7 jenis teras kayu.. Kayu tersebut ialah teras kilo,tas jantan,tas betina,menang-menang,penunduk,kemuning Hitam, dan Raja Kayu Putih.. Cincin ini berkhasiat untuk dijadikan penunduk,pendinding dan penawar .Cincin ini adalah terhad dan ia untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat..

CINCIN PERMATA TERAS MENANG MENANG




Cincin ini bersaiz 20 dan diikat dengan stainless steel.. Ingin dimaharkan kepada sesiapa yang berminat... Cincin ini sesuai dipakai oleh peniaga sebagai medium pelarisan.. Dikatakan juga sesiapa yang memakai permata daripada teras kayu ini tidak akan dapat dikalahkan oleh musuh.. Wallahuallam..


PELBAGAI CINCIN TERAS PERMATA KAYU

Cincin Permata Raja Kayu Putih
Cincin Permata Teras Penunduk


Cincin Permata Teras Kilo

Cincin permata Ibo Tunggal



(dari kiri ) Cincin permata Ibo Tunggal , Teras Kilo , Penunduk dan Raja Kayu Putih










Kesemua cincin ini adalah ditawarkan pada harga lelongan kepada sesiapa yang berminat... Saiz bagi kesemua cincin ini ialah 16.. Harga permulaan yang ditawarkan ialah RM 60 termasuk kos penghantaran... Sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut..

Friday, August 6, 2010

LOKET 9 JENIS GABUNGAN

Loket yang telah siap ditempah..

Kadar banding dengan duit syiling 50 sen



Loket yang telah siap ini telah dihantar kepada pelanggan yang menempahnya... Loket 9 jenis gabungan ini terdiri daripada Raja Kayu Putih,Teras Kilo,Kemuning Hitam,Tas jantan,Tas Betina,Batu Meteorit Hitam ( Tektite),Gading Gajah,Batu dalam besi, dan Besi Kursani.. Loket ini khasiatnya lebih kepada pendinding dan pembisa di samping dapat menaikkan semangat si pemakainya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...