Blog ini menjual item yang berunsurkan koleksi peribadi, mistik, unik, eksotik dan sukar didapati di pasaran.

Koleksi item ini adalah terhad dan bernilai tinggi di pasaran pada masa akan datang. Jadi tidak rugi jika anda menebusnya.

Matlamat perkhidmatan kami adalah untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan mutunya terjamin.

Polisi pelanggan kami adalah :

“ Cepat, Tepat, Kualiti”

Prosedur Pembelian :-

Jika anda berminat dengan item yang dijual, sila hubungi kami untuk keterangan lanjut.

Jangan teragak-agak atau malu untuk menghubungi kami untuk keterangan lanjut.

Warning : Hanya yang berminat sahaja. Jika berniat untuk main-main, tidak akan dilayan...

Pastikan anda mendapat maklumat yang jelas kerana

“Good Sold Are Not Return”

Pembayaran boleh dibuat melalui online banking atau bank in ke akaun berikut :

MOHD ASYRAF BIN MOHD ZANI

Maybank : 164137461724

CIMB : 01320008908522

BSN : 0113729000155526

Setelah pembayaran dijelaskan, sila sms :
Jumlah Total, Masa Transaksi, Nama Pembeli, Alamat untuk Penghantaran

Kami akan menghantar item belian anda menggunakan Pos Laju dan barang akan sampai ke alamat selama 2-3 hari bekerja.

Jangan berlengah untuk hubungi saya, sms,call atau email - Asyraf di :

HP : 0197272455
Email :
asyraf6057@yahoo.com.my








Tuesday, February 14, 2012

PELURU LAMA

 Ini adalah peluru lama yang dijumpai di dasar sungai Melaka.. Ia dipercayai peluru yang digunakan pada kurun ke 15 iaitu semasa kedatangan Portugis ke Melaka.

 Besi lama yang digunakan  untuk membuat peluru ini dikatakan mempunyai khasiat kebal dan macam - macam lagi.. semuanya dengan izin Allah jua , wallahualam..

Hanya terdapat 3 biji sahaja dalam simpanan saya.. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya untuk mengetahui maharnya..

Tuesday, February 7, 2012

BLUE CORAL ( MARJAN BIRU )

 Ini ialah Blue Coral atau dikenali sebagai marjan biru yang telah dicanai dalam bentuk permata cincin.

 Jika berminat boleh menghubungi saya untuk mengetahui maharnya.

 Kadar banding saiz permata dengan duit syiling 10 sen 

Stok adalah terhad , hubungi segera untuk tempahan

PERMATA GADING GAJAH

 Terdapat dua biji permata gading gajah  untuk  dimaharkan kepada sesiapa yang berhajat.. Stok adalah terhad , boleh sms saya untuk membuat tempahan atau terus menebusnya.

 Kadar banding permata dengan duit syiling 10 sen

Maharnya ialah RM 250 setiap satu termasuk pos. Jika menebus kedua- duanya sekali ada cenderahati 'RARE' menanti.

PERMATA TULANG HARIMAU MATI BERAGAN

 Terdapat dua bentuk permata cincin tulang harimau mati beragan berbentuk segiempat yang ingin dimaharkan kepada sesiapa yang berminat. Stok terhad , jika berminat boleh menghubungi saya.

Maharnya ialah RM 300 setiap satu termasuk pos.. Cuma pilih bahagian kanan atau kiri untuk menebusnya. Jika menebus kedua- duanya sekali ada cenderahati 'rare' yang akan menanti..

LOKET TERAS KAYU GABUNGAN UNTUK TEMPAHAN

 Ini adalah loket kayu tempahan khas yang telah siap (pattern A). Di antara kayu yang digunakan ialah Raja kayu , teras kelor , tas , penunduk, ibo tunggal , nibung , kayu naga.. Jika berminat boleh sms saya untuk mengetahui harganya..

 Ini adalah loket kayu tempahan khas yang telah siap (pattern B). Di antara kayu yang digunakan ialah Raja kayu , teras kelor , tas , penunduk, ibo tunggal , teras menang , kayu naga dan lain - lain .. Jika berminat boleh sms saya untuk mengetahui harganya..


 Ini adalah loket kayu tempahan khas yang telah siap (pattern C). Kayu yang digunakan ialah Raja kayu dan teras kelor Jika berminat boleh sms saya untuk mengetahui harganya..


 Ini adalah loket kayu tempahan khas yang telah siap (pattern D). Di antara kayu yang digunakan ialah Raja kayu , teras kelor , tas , penunduk, ibo tunggal ,nibung , teras menang , kayu naga dan lain - lain .. Jika berminat boleh sms saya untuk mengetahui harganya..

 Ini adalah loket kayu tempahan khas yang telah siap (pattern E). Di antara kayu yang digunakan ialah Raja kayu , teras kelor , tas , penunduk, ibo tunggal , teras menang ,sulur bertam , kayu naga dan lain - lain .. Jika berminat boleh sms saya untuk mengetahui harganya..

CINCIN PERMATA GADING GAJAH

 Cincin perak permata gading gajah saiz 14 tempahan En. Taufiq daripada Singapura telah siap untuk diposkan.

 Pandangan dari bahagian atas permata cincin

Pandangan dari bahagian sisi

Tuesday, January 31, 2012

FOSIL KAYU JADI BATU DARI MADAGASCAR

Fosil kayu yang diperolehi daripada Madagascar ini daripada jenis kayu Araucaria..

 Fosil ini telah dipotong  dengan saiz duit syiling dua  puluh sen dan belum dicanai menjadi permata cincin. Pengasas mahu berkongsi koleksi fosil kayu dalam bentuk asal ini kepada sesiapa yang berminat...kayu fosil yang dicanai dalam bentuk permata akan menyusul selepas ini.

 Boleh pilih corak yang berkenan di hati maharnya sebiji RM 60 termasuk pos

MINYAK RAJA PELARIS BULU BURUNG CENDERAWASIH

 Minyak pati attar ini diadun dengan beberapa medium pelaris yang ampuh , iaitu bulu burung cenderawasih , kulit kijang putih, bunga serai dan benang kain kelambu kaabah. Ianya telah dibuat pengisian dengan ayat - ayat Al- Quran terpilih untuk tujuan membuka pintu rezki yang sempit.


manakala jika yang memakainya bukan peniaga maka pekerjaan menjadi lebih mudah iaitu majikan akan lebih menghargai kerja kita,diri lebih disukai orang di sekeliling,manakala bagi ketua atau majikan pula mereka akan lebih dihormati dan mampu mengawal orang bawahannya, jika suami isteri atau pasangan kekasih lebih harmoni dalam hubungannya InsyaAllah.
 
Minyak ini boleh didapati dalam isian 3 ml.. Maharnya adalah RM330 termasuk penghantaran

BATU KURSANI BENTUK RAW ( PYRITE )

 Mineral ini juga dikenali sebagai "Fools Gold", batu kursani atau nama geologynya "Pyrite". Batu kursani telah lama digunakan sejak dari zaman kaum Mayan di America selatan sebagai sumber perubatan - dikenali sebagai "the healer stone" bagi kaum Incas, Mayan dan Aztech. Masyarakat Cina Kuno percaya Batu kursani boleh menghindarkan ganguan makhluk Halus.Juga disebabkan ianya seperti Emas, dijadikan pelaris symbol kekayaan.

Bagi masyarakat Melayu, batu kursani berkhasiat bagi perubatan sakit kulit (kerana kandungan sulfur di dalamnya) dan juga bagi menghindarkan ganguan makhluk halus.Ia juga dipercayai mempunyai fadilat bagi ketahanan kulit dan kebal...wallahualam.


 Berat seketul batu ini ialah kira- kira 80 gram

 Jika sesiapa berminat untuk menebusnya boleh menghubungi saya untuk mengetahui maharnya.


Wednesday, November 30, 2011

PROMOSI JUALAN SEMPENA BULAN MUHARAM

       Sempena Bulan Muharam ini pengasas blog dengan bermurah hati ingin melepaskan sebanyak 13 item daripada koleksi peribadi dengan harga yang mampu milik dan munasabah. Ada di antara item ini adalah daripada barang yang lama dan sukar diperolehi dan tidak ketinggalan juga barang yang diperolehi daripada alam ghaib... Itu terpulang kepada rezki masing- masing. Siapa cepat dia yang dapat.. 
      Kujang Tembaga Berwafaq ini diperolehi daripada seorang guru silat dan pengasas berhajat ingin melepaskannya dengan mahar RM 150 sahaja termasuk pos.. Jika berminat hubungi segera..

 Ini adalah keris picit jawa lama... Besi yang digunakan untuk membuatnya adalah daripada jenis besi lama... Pengasas ingin memaharkannya dengan harga RM 200 sebilah... Jika mahu menebus ketiga- tiganya hanya RM 500 sahaja dan akan disertakan sekali minyak misik untuk penjagaan keris tersebut..

 Batu Ular ini diperolehi daripada Gunung Ledang dan keistimewaannya ialah ia akan mengeluarkan cahaya hijau terang apabila berada di dalam gelap ( Glow in the dark ) Fadilatnya untuk pelaris dan pendinding diri serta rumah daripada unsur jahat.. Saiznya seperti bola lisut dan beratnya lebih dari 1 kg.. Pengasas ingin memaharkannya dengan mahar RM 400 termasuk pos.

 Bulu Burung Cenderawasih yang gugur dalam bulan Muharam... Khasiatnya lebih kepada pelaris diri dan perniagaan... Hanya ada sehelai sahaja..Pengasas ingin melepaskannya dengan mahar RM350 sehelai termasuk pos dan disertakan sekali minyak pati attar untuk penjagaan bulu tersebut..
 Ini adalah batu Firus Putih yang sukar didapati lebih-lebih lagi yang memiliki ciri unik pada permukaan batu tersebut.. Terdapat imej seakan kambing gurun secara semulajadi pada urat batu tersebut.. Boleh dijadikan sebagai koleksi peribadi yang unik atau dibuat loket.. Ingin dilepaskan dengan mahar RM 250 sahaja termasuk pos.

 Kadar banding saiz batu dengan duit syiling 50 sen

 Cincin tempurung buta saiz 19 koleksi peribadi pengasas.. Ingin dilepaskan dengan mahar RM100 termasuk pos..
 Kadar banding cincin dengan duit syiling 10 sen..

 Sebiji Batu Meteorit Hitam Koleksi peribadi pengasas ingin dilepaskan dengan mahar RM 300 sebiji termasuk pos.. Batu ini boleh dicanai untuk dijadikan permata cincin atau loket atau disimpan sebagai koleksi eksotik dalam bentuk asal.. Khasiat batu ini ia boleh menambah tenaga dalam badan si pemakai , kebal darurat dan meningkatkan keberanian si pemakainya.. Batu ini mungkin sudah berusia berjuta- juta tahun melalui perjalanan yang jauh di alam semesta sebelum ia jatuh di bumi... Mungkin ia telah wujud sebelum bumi ini tercipta.. Wallahualam.. hanya Allah sahaja yang maha mengetahui..

 Kadar banding saiz Batu Meteorit Hitam dengan duit syiling 10 sen

 Fosil karang laut Hitam ini adalah daripada spesies Black Coral dan hidup di dasar laut.. Khasiatnya ialah boleh dijadikan sebagai penawar keracunan makanan laut, penyejuk badan serta            penawar untuk demam panas  dan menyerap toksin yang berlebihan di dalam badan jika dipakai dalam bentuk cincin.. Ini adalah koleksi peribadi pengasas yang diperolehi daripada seorang sahabat apabila melawat ke negeri di bawah bayu... Pengasas ingin melepaskannya dengan mahar RM 350 sahaja termasuk pos.

 Batu akik ini dipanggil batu akik tok wali kerana terdapat imej seakan-akan seorang yang sedang memakai serban pada batu tersebut.. Sudah lama pengasas menyimpan batu ini yang diperolehi daripada seorang kenalan dan semakin jelas imej muka manusia pada batu tersebut..Batu ini boleh dikategorikan dalam jenis batu hidup kerana tompokan yang membentuk imej pada batu tersebut semakin lama semakin jelas.. Koleksi unik ini ingin dilepaskan dengan harga RM 300 termasuk pos..

 Gambar dekat yang diambil pada imej batu itu.

 Cincin Geliga siput ikat steel ini adalah di antara koleksi yang paling disayangi pengasas.. Tetapi  berhajat melepaskannya kepada sesiapa yang berminat .. Mahar mampu milik sahaja RM150 termasuk pos..

 Cincin ini bersaiz 20 dan di bahagian permata yang warna hijau itu akan mengeluarkan sedikit cahaya hijau terang apabila di dalam gelap..

 Ini adalah cincin batu ular atau dipanggil mata dewa oleh sesetengah orang... Kelebihannya ialah batu cincin ini akan mengeluarkan cahaya hijau terang apabila berada di tempat yang gelap.. Ia sesuai dijadikan medium pemanis diri dan meningkatkan kewibawaan diri.. Cincin ini diikat dengan steel dan bersaiz 20.

 Gambar yang diambil di dalam gelap.. batu cincin ini bercahaya dalam gelap( Glow in teh dark ).. Ingin dilepaskan dengan mahar RM 250 sahaja..

 Ini adalah koleksi peribadi seorang tok guru.. Seekor Burung Cenderawasih yang telah mati dan diawet. Burung ini mengeluarkan bau yang wangi walaupun telah mati dan diawet.. Ingin dilepaskan kepada sesiapa yang berhajat besar.. Khasiatnya 1001 macam dan antara yang diketahui umum ialah boleh dijadikan medium pelaris dan berguna dalam bidang perubatan mistik... Mahar yang diletakkan hanya RM10,000.. jauh dibandingkan dengan harga pasaran luar yang telah dikuasai orang tengah yang boleh mencecah jutaan ringgit.. Hanya pembeli yang serius sahaja akan dilayan..Harap maklum..

 Batu Geliga Serai yang diperolehi dari proses penarikan daripada pokok serai yang berbunga... Pengasas hanya mempunyai dua biji sahaja batu geliga ini dan berhajat ingin melepaskan salah satu daripada geliga ini. Khasiat geliga ini adalah untuk pemanis diri, pelaris dan pengasih..   Geliga ini ingin dilepaskan dengan mahar RM 250 sebiji termasuk pos..

Batu ini mempunyai urat- urat yang halus seperti sisik ular jika dilihat di atas cahaya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...